Apa itu j-QAF?

Ha…korang tau ke j-QAF tu apa? bukan j-Corp (Johor Corporation) hahaha….

ok, j-QAF ni adalah singkatan dari j= Jawi, Q= al-Quran, A= Bahasa Arab komunikasi dan F=Fardhu Ain. Sebenarnya j-QAF ni dibuat untuk mengatasi masalah keciciran dan buta huruf jawi serta nak memperkukuhkan pengamalan fardhu ain. Ia telah dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2005, yang mana pada tahun sebelum tu iaitu tahun 2004 ianya telah dilaksanakan secara rintis di beberapa buah sekolah kebangsaan.

j-QAF ni untuk memperkasakan matapelajaran pendidikan islam di sekolah kebangsaan (rendah). Kerana apa dibuat? kerana kajian yang telah dilakukan oleh pihak kementerian bahawa ramai orang yang sekarang ni buta jawi dan tercicir dalam jawi… ada orang yang tak jaga solat.

Jadi, ia dibuat untuk mengembalikan tulisan jawi sebagai satu warisan bangsa. taknak lah nanti generasi melayu malaysia akan datang ni nanti langsung tak tau tentang tulisan jawi..

Lagi satu, dalam dunia yang penuh cabaran tanpa sempadan ni telah menyebabkan ramai orang islam yang telah terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh melemahkan syariat islam dalam diri mereka. Untuk memperkasakan pengamalan fardhu ain ini maka dalam model j-QAF diadakan KEM BESTARI SOLAT.

Allah…letih dah nak menulis ni….huhuhu…

Dalam j-QAF ni ada 4 model pengajaran dan pembelajarannya, apa dia? Ada 4 model, iaitu:

1. Pemulihan Jawi.

2. Khatam al-Quran dan Tasmik al-Quran.

3. Bahasa Arab Komunikasi.

4. Kem Bestari Solat.

Sambil menulis blog ni, aku tengok tv9…. tadi berita tentang kematian pengerusi NAZA..innalillahi… dan tentang keretapi tergelincir kat negeri sembilan…pelik betullah… citer kat malaysia ni macam ada musim…musim budak kena culik, musim keretapi terbabas, musim rompakan, musim kemalangan bas dsb. Aku rasa benda ni selalu berlaku, cuma tv jer yang kurang highligth kan… semoga Allah sentiasa melindungi kita dari benda-benda yang tak elok.

Aik… aku ni dah melencong jauh dah ni..tiba2 jer. kenapa ye?

  

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s