Assalamualaikum WBT dan salam sejatera.

Buku perancangan kewangan yang pertama sekali saya baca ialah Jutawan Dari Planet Jupiter oleh Azizi Ali. Buku kedua ialah Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi. Selepas itu bermulalah musim saya fokus membeli buku-buku berkaitan kewangan terutama buku terjemahan oleh PTS yang berkaitan dengan Robert Kiyosaki seperti Rich Dad Poor Dad dan yang sewaktu dengannya.

Dengan itu juga saya dapat tahu “hutang” ibarat pisau bermata dua yang tajam kedua-dua sisinya dan hutang juga ada dua jenis iaitu “hutang baik/good debt” atau “hutang jahat/bad debt”.

Hutang baik : mana-mana hutang yang digunakan untuk membeli aset atau harta yang naik nilainya. Contohnya beli rumah/hartanah untuk disewakan, di mana kita dapat cashflow dan peningkatan harga aset.

Hutang jahat: mana-mana hutang yang kita guna untuk membeli aset yang susut nilai. Contoh berhutang untuk beli kereta guna sendiri, beli tv plasma guna kad kredit, dan yang sewaktu dengannya.

Orang yang bijak akan menggunakan hutang (hutang baik) sebagai leverej. Leverej untuk lebih berjaya dalam bisnes (semoga jadi orang kaya yang bertakwa).

Pinjaman atau hutang ini juga boleh diguna untuk mengembangkan perniagaan dan membeli hartanah.

Sebelum ini saya ada membeli DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa dari Tuan Wahi, dengan dvd itu saya sudah mempunyai teori bagaimana hendak berbisnes kereta sewa, tinggal nak praktikal sahaja lagi. Tentang pinjaman pula Tuan Wahi ada menerbitkan buku fizikal bagaimana senang untuk mendapatkan pinjaman, tetapi ingat! Gunakan hutang untuk hutang yang baik sahaja ya.

 

Ada ilmu vs tiada ilmu.

Assalamualaikum WBT dan salam hormat.

bukuabgensem

Hari ini saya hendak mempromosikan ebook dari Abang Ensem, beliau ini seorang pelabur hartanah. Semasa saya pergi ke seminar pelaburan hartanah beliau di Kota Kinabalu beliau menyatakan bahawa setakat ini beliau mempunyai 14 buah hartanah.

Jika anda yang membaca tulisan seorang yang baru graduasi dari ipt, seorang yang baru memulakan kerjaya makan gaji, seorang yang masih muda….jangan tunggu lagi, pergilah belajar . Biar susah dulu, senang kemudian. Berakit-rakit kita ke hulu, berenang-renang kita ke tepian, bersakit-sakit dahalu, bersenang-senang kemudian.

Semua ebook beliau saya ada termasuk buku fizikal beliau… klik link BELI EBOOK ABANG ENSEM

Baru ada kesempatan tengok.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini saya hendak menulis tentang satu dvd yang sudah beberapa minggu saya beli dan Alhamdulillah hari ini baru saya selesai membaca ebook ini dan mencetaknya. Dan saya ada masa untuk menulis tentang ebook ini.

Dvd ini bertajuk DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa: Panduan Lengkap Bagaimana Menguruskan Bisnes Kereta Sewa oleh Tuan Wahi Abdul Rashid. Beliau ini saya mengikuti perkembangan dari laman media sosial MukaBuku.

Awal ebook dalam dvd itu menceritakan tentang jatuh bangun beliau dalam bisnes iaitu kisah beliau sebelum belajar di universiti, selepas tamat universiti, dapat kerja kerajaan, mendirikan rumahtangga dan selebihnya kenalah dapatkan dvd ini.

Yang paling penting ilmu dalam ebook ini ialah bab pendokumentasian seperti fail pengurusan, sumber manusia dan lain-lain, dalam dvd ini siap disertakan sekali softcopy dokumen-dokumen tersebut. Dan pengalaman beliau dalam industri kereta sewa ini.

Video pun ada juga dalam dvd  ini yang mana kita boleh menonton penulis ebook ini secara rakaman video. 🙂

Saya beli dvd ini di banner di bawah ini,

Maklumat lengkap tentang bisnes ToneExcel TuneTalk.

Assalamualaikum WBT dan salam hormat.

Passive income atau pendapatan pasif. Kenapa saya cerita tentang “passive income” ini? Kerana pendapatan pasif ini ialah pendapatan yang kita dapat walaupun kita buat kerja lain. Contohnya pendapatan pasif dengan hartanah sewa. Saya beli rumah untuk disewakan sebulan sebanyak RM650. Bayaran ansuran pembiayaan rumah yang saya buat sewa tadi tu sebulan RM400, maknanya saya ada lebihan atau untung rm250. Walaupun saya kerja kilang tapi setiap bulan saya dapat pendapatan pasif sebanyak rm250.

Tetapi nak memulakan pelaburan dalam hartanah ini memerlukan ilmu dan modal yang bukan kecil tau…yang paling penting ialah mesti ada ilmu.

Baiklah, terus kepada peluang untuk buat pendapatan pasif dengan simkad Tone Excel ni sahabat semua boleh baca maklumat yang lengkap ini di ToneExcel.biz

Kita guna simkad dan kita topap, kita pula dapat komisen 3 peratus.

Jika berminat, boleh daftar online secara percuma dahulu di BISNES PREPAID

Jika rasa puashati dan ada potensi boleh dapatkan simkadnya dan naik taraf keahlian ke ahli VIP.

Bisnes Burger bukannya sejenis perniagaan yang lekeh.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi kekuatan fizikal dan mental untuk melaksanakan rutin seharian dan masih diberi kesihatan kerana aset yang penting yang mesti dijaga dengan sebaiknya ialah tubuh badan kita sendiri. Aura kecemerlangan hadir bersama fizikal dan mental yang cemerlang dan sihat.

Baiklah hari ini saya hendak menceritakan kepada tuan puan tentang sebuah ebook bagaimana memulakan perniagaan burger. Semoga dengan ini akan memberikan kepada tuan puan buah fikiran untuk menjana pendapatan dan sekurang-kurangnya tuan puan tidaklah hanya terikat dengan satu perkerjaan sahaja. Dengan keadaan ekonomi yang semakin merisaukan ini contohnya dengan kenaikan harga barangan sama ada kita sedar atau tidak sedar menyebabkan kita sesak nafas. Apatah lagi bermula April 2015 akan mula dilaksanakan GST (Good and Service Tax) dan kita tidak tahu bagaimana situasi kita pada masa itu, adakah kita akan mampu mengharunginya atau sebaliknya.

Ebook ini ditulis Saudara Afiq bin Dato’ Rusly anak kepada penulis buku “best seller” Jutawan Senyap iaitu Dato’ Rusly atau lebih dikenal dengan nama Chef Li.

Saya amat mencadangankan kepada tuan puan yang mempunyai perancangan untuk memulakan bisnes burger atau untuk menambah informasi untuk memiliki ebook yang berharga RM60 sahaja. Aspek yang dikupas dalam ebook ini meliputi produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan untuk bisnes burger yang mampu berkembang dan berdaya maju. Jadi amat penting untuk anda memiliki ilmu yang berkaitan bisnes ini terlebih dahulu.

Dan pembongkaran 7 pantang-larang dalam bisnes burger yang perlu anda elakkan bagi menjamin kelangsungan perniagaan anda

Apabila anda membeli ebook Bisnes Burger ini, anda akan memperolehi bonus iaitu:

BONUS #1: Manuskrip Panduan Membina Stall Burger(Bernilai RM47)

Laporan manuskrip ini akan mendedahkan kepada anda teknik mudah mensistemkan perniagaan burger anda. Anda akan ditunjuk dengan jelas dan terperinci lengkap bergambarajah bagaimana untuk anda bina dan setup kan stall burger anda yang bukan sahaja mampu ‘memukau’ prospek anda untuk hadir, tapi akan menjadikan perniagaan burger anda menjadi lebih sistematik.

BONUS #2: Manuskrip Rahsia Patty Burger Power (Bernilai RM67)

Manuskrip ini sahaja boleh mencecahan ribuan Ringgit nilainya. Inilah dia secret recipe yang akan membongkarkan kepada anda rahsia resepi untuk hasilkan patty burger yang Super-Duper-Sedap! Anda akan didedahkan untuk hasilkan sendiri patty burger daging, ayam dan kambing hanya di rumah untuk lebih menjimatkan kos anda. Ramai peniaga dan usahawan burger akan marah pada saya kerana bongkarkan resepi ini kepada anda!

Ebook ini diterbitkan oleh Shuth Network Sdn. Bhd.

Melancong ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, minggu cuti sekolah baru ini dapat juga kami pulang ke Tawau untuk bawa isteri dan anak2 ke tempat mertua dan kebetulan mertua lelaki kurang sihat dan mertua perempuan sedang menunaikan umrah.

Perjalanan memakan masa lebih kurang hampir 9 jam perjalanan dengan menggunakan Proton Exora CFE cukup selesa.

Semasa pulang ke Tawau saya ada berjumpa dengan anak kepada kakak ipar yang sudah mempunyai lesen membawa pelancong dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Jadi kepada sahabat2 dan pembaca blog yang budiman yang merancang untuk berjalan2 melancong ke Sabah bolehlah menggunakan khidmat beliau.

Jika berminat, boleh hubungi saudara Jeff di talian 0165825825 dan beritahu Abang Azril (saya ler tu) yang beritahu, insya Allah ada diskaun dia bagi nanti tu.

 

Kredit gambar kepada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua, Sudah lama rasanya tidak menulis dalam “wordpress” ini. Sejak daripada 8.3.2014 sampailah sekarang iaitu 26.3.2014 kita dihidangkan dengan isu MH370. Saya yang mengikuti perkembangan kehilangan MH370 secara main-main ini kadang terasa keliru dengan bermacam-macam teori. Ada yang kata kalau tidak mahu pening-pening kepala maka tidak payahlah ambil tahu tetapi bagi saya dalam dunia serba canggih ini nak tak nak kita mesti ambil tahu serba sedikit Cuma yang penting ialah gunakan akal kita untuk menapis maklumat. Yang paling jangan lupa solat dan melaksanakan syariat Islam, moga-moga Allah SWT akan merahmati dan melindungi kita semua. Apa-apa pun marilah kita berdoa semoga semua yang terlibat dengan MH370 ini selamat. Insya Allah.

Kenapa Anda Perlu Join Bisnes Tunetalk-ToneExcel

Salam Sejahtera,

Jika anda masih memikirkan perlu ke anda buat bisnes ni, berikut adalah
beberapa sebab mengapa saya pandang ini sebagai satu peluang keemasan.

1. Pertama ia merupakan produk keperluan. Ada affiliate atau tidak, orang mesti pakai. Pengguna prepaid pula sangat ramai, hampir 25 juta rakyat malaysia menggunakan prepaid. Maknanya pasaran sangat luas.

2. Kedua: Nak join sangat murah, ramai orang mampu, maintain juga tidak
membebankan, ramai pengguna prepaid top-up setiap bulan berkali ganda
dari jumlah maintain yang diperlukan, maka ramai yang tak akan merasa
beban untuk maintain setiap bulan.

3. Ketiga: Downline kita kalau nak topup tak perlu jumpa kita, mereka
boleh dapatkan top-up di kedai topup, 7eleven, stesen minyak, Maybank2u
Cimb Clicks atau mesin atm. Wow !! Ini alasan paling besar, kerana kalau
kita tengah tidur mereka topup, maknanya kita tidur pun dapat duit.

4. Keempat: Selama ini, saya pakai phone, isteri pakai phone, anak pakai
phone, adik beradik pakai phone, kalau mereka topup atau bayar bil, tauke
maxis, tauke digi, tauke telco yang lain akan bertambah kaya, kita tak
dapat apa-apa pun.

Baik saya buat tunetalk-toneexcel, sekurang-kurangnya bertambah juga
pendapatan kita, walau sedikit. Tapi kalau ramai, maka akan jadi
pendapatan lumayan pula.

5. Kelima: Disebabkan orang akan pakai phone setiap masa, maka pasti
mereka akan sering topup, maka ini peluang untuk kita dapat pencen.
Kalau sorang kita sponsor, dan dia pakai simkad tersebut selama 10 tahun,
maknanya saya dapat pencen selama 10 tahun. Siapa tak mahu.
Bukan mereka menyusahkan kita pun kalau nak topup.

6. Keenam: Risiko amat kecil, modal sangat rendah kalau tak menjadi
(mudah-mudahan menjadi) maka kita tidak akan rugi banyak, kecuali
tenaga dan masa yang telah dihabiskan. Kalau menjadi maka bertambahlah
pencen kita.

Saya cadangkan kepada anda, jangan lepaskan peluang keemasan ini,
perniagaan ini jarang sekali lalu di hadapan kita, kalau kita terlepas,
kita kena tunggu lagi beberapa tahun untuk menjumpai perniagaan
seperti ini.

Mulakan sekarang, dan buat dengan konsisten sehingga dua tahun,
insyaAllah mudah-mudahan berhasil.
http://www.bisnesprepaid.com/mohdazril

Salam Usahawan


MOHD AZRIL BIN MOHAMED SALLEH
http://www.bisnesprepaid.com/mohdazril

Impian 100 buah hartanah…ini serius bukan lawak jenaka.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Rasanya macam sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Mungkin sibuk dengan urusan kerja.

Impian saya sekeluarga sekarang ini ialah nak Retire Young and Retire Rich. Nak keluar dari pusingan hidup pergi kerja pagi pulang kerja petang badan penat, anak2 diberi pada pengasuh untuk dijaga.

Setakat pengkajian saya antara pelaburan yang jika dibuat dengan betul yang mampu untuk membuat kami bersara muda dan kaya ialah pelaburan harta. Ingat tetapi ianya wajib dilakukan dengan betul, iaitu mesti ada ilmu pelaburan hartanah terlebih dahulu, yang mana dengan ilmu yang ada boleh mengurangkan resiko yang akan kita hadapi Insya Allah.

Saya sedang menunggu DVD Rahsia Empayar Hartanah sya telah saya beli di website Rahsia Empayar Hartanah….

Gunakan duit BR1M anda utk Rahsia Empayar Hartanah.

Kenapa semenjak dua menjak ini saya suka berbisnes?

Bismillah….

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT kerana masih diberi nikmat untuk berfikir, beribadah dan menulis.

Langsung kepada tajuk “kenapa semenjak dua menjak ini saya suka berbisnes?”

Jawapan:

Dengan berniaga kita boleh menjadi seorang insan yang kaya, tetapi sudah pastilah kita mesti jadi orang kaya yang beriman dan bertakwa bukannya menjadi orang kaya yang bakhil dan tamak.

Dengan berniaga jugalah jika kita tidak putus asa kita akan dapat merasai kepuasan dalam diri kita.

Dengan berniaga jika punya disiplin yang kuat kita boleh membina rumah tanpa hutang. Ini dapat saya lihat sendiri di mana jiran yang merupakan orang Indonesia yang sudah lama menetap di Malaysia membina rumah ala2 banglow 2 tingkat.

ada lagi?

Antara sebab2 di atas itulah yang menyebabkan saya suka berbisnes…buat masa ini saya cuba berniaga secara online kerana kekangan masa tugas seorang guru sekolah rendah. Lagipun saya berazam dalam diri saya sendiri bahawa saya akan memberitahu kepada anak2 murid saya di samping belajar akademik belajarlah menjadi usahawan.

Buat masa ini saya menjadi pletform amirahonlinestore sebagai permulaan untuk saya menjadi jutawan senyap online, boleh layari dan daftar di http://amirahonlinestore.com/daftar