Minggu-minggu Terakhir Praktikum.

Alhamdulillah, 2 Mei 2008 adalah hari terakhir bagi guru pelatih KPLI LPBS SR j-QAF 2007. Walaupun hari ni merupakan hari terakhir, aku kena juga membuat rancangan pengajaran harian kerana takut tiba-tiba jer kalau pensyarah dari maktab buat pemantauan. Jadi kenalah siap sedia selalu.

Dalam 12 minggu praktikum ni ada juga sedikit sebanyak pengalaman yang telah aku perolehi, yang penting adalah pengurusan waktu kita. Macamne kita nak mengurus waktu kita sama ada di sekolah atau di rumah. Kalau pengurusan waktu kita dah tak betul macamne nak mengurus kerja-kerja kita di sekolah.

Memang tak dapat dinafikan dalam waktu praktikum ni sedikit sebanyak membuat aku jadi “tekanan” atau stress… alhamdulillah dapat juga aku mengawal tekanan ni sebab kat maktab ada belajar bagaimana nak mengurus stress. Kalau tak dapat nak kawal stress ni, boleh buat kita jadi nak “mengamuk” je.

Lepas abis praktikum ni, nak kena studi untuk final exam pula. Nak kena studi semula subjek-subjek major dan minor… yang penting aku nak kena mahirkan bab statistik terutamanya tentang skor z, skot t, sisihan piawai, jadual penentuan ujian (JPU) dan macam-macam lagilah. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s