Sambutan Hari Guru 2008:GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Wahh.. 16 mei nanti semua cikgu2 akan diraikan…masa tulah dalam tv kuar drama2 pasal cikgu..yang digambarkan cikgu yang penyayang, baik hati, ambil berat tentang anak murid dan apa2 aje lah.

Masa tulah cikgu2 kat sekolah akan sibuk nak buat persiapan untuk hari guru peringkat sekolah..ni lah yang aku pelik…cikgu pula yang sibuk. sepatutnya time hari guru ni, guru2 lah yang rileks sikit sebab mereka ni yang diraikan bukan yang meraikan. terbalik le pulak. Lepas tu beli hadiah, buat cabutan undi sapa yang dapat…cikgu tukar hadiah dengan cikgu sendiri..hahah..pelik betul. termasuk le aku ni…pelik2 juga, tapi bila dah dapat hadiah okeh juga..heheh (cakap tak serupa bikin)…

Masa tulah cikgu2 ni nak kena ingat balik lagu KAMI GURU MALAYSIA….

“Kami guru Malaysia…berikrar dan berjanji…mendidik dan memimpin…putera puteri negara kita…pada Seri Paduka…kami tumpahkan setia…Rukunegara kita…panduan hidup kami semua… Di bidang pembangunan..kami tetap bersama… membantu…membina…negara yang tercinta… Amanah yang diberi.. Kami tak persiakan..Apa yang kami janji..tunai tetap kami tunai…”

Guru Cemerlang Negara Terbilang….

Apa tu Guru Cemerlang? Aku pun tak pasti, macamne guru yang cemerlang tu. Adakah guru yang anak muridnya dapat 5A dalam upsr? adakah guru cemerlang yang apabila diberi banyak tugasan dapat melaksanakannya dengan baik dan sempurna? dan apa2 aje lah…

Kalau semua guru jadi cemerlang adakah negara Malaysia akan jadi negara terbilang? ni pun aku pun tak pasti. Macamne yang dipanggil Negara terbilang tu? ni pun aku tak pasti..

Apa yang pasti, kita akan jadi cemerlang bila kita taat dan patuh pada perintah Allah dan Nabi Muhammad saw.

Kesian juga dengan si supiah tu…dia ni dianggap genius dan cemerlang…dari segi IQ memang lah hebat…tapi dari segi EQ sapalah yang tahu…aku pun tak tahu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s