Dr. Mahathir nak keluar dari UMNO?

Sejak semalam lagi dalam berita kat dalam tv tu citer pasal Dr. Mahathir nak keluar dari Umno. Beliau ni dah kira masuk tahap bengang sangat dah dengan Pak Lah ni. Tapi beliau kata selagi Pak Lah tak letak jawatan sebagai PM Malaysia selagi tu lah beliau takkan jadi semula ahli UMNO. Beliau pun mengajak sekali ahli-ahli UMNO untuk keluar dari UMNO.

Oklah, jika kita fikirkanlah, andaikata Pak Lah jadi letak jawatan agak2nya sapalah yang menggantikan Pak Lah tu, dah tentu le yang ganti Pak Lah timbalannya Pak Najib. Setuju ke Pak Najib jadi pemangku PM Malaysia?

Kalau aku ler, memang ler aku tak setuju. Sebab apa, sebabnya Pak Najib masih ada terkait dengan skandal-skandal tertentu. Memanglah selagi pihak kehakiman tidak memutuskan kita tak boleh nak menyalahkan beliau2 ini. Kalau tak betul, Alhamdulillah. Tapi kalau skandal ni memang betul2 wujud macamne? Tak ke haru biru negara kita ni bila dipimpin oleh orang yang tak de moral.

Memanglah, pemimpin2 kita sekarang ni kebanyakkan punya otak yang mantap2, tapi punya kecerdasan emosi yang lemah…

Jadi untuk berhijrah…kita hijrah ke arah yang lebih baik dan yang diredhai Allah.

Macamne kita nak berhijrah ke arah yang lebih baik?
Hehehe… UNDI ADALAH RAHSIA. walaupun dah tak rahsia bagi SPR.

Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan sudah terdedah dengan bermacam2 maklumat, sepatutnya kita sudah boleh membuat penilaian mana satu kepimpinan yang kita inginkan?

Adakah kita inginkan sebuah negara yang maju dari segi material tapi runtuh dari segi akhlak?
Atau kita ingin sebuah negara yang mundur dari segi material tapi mantap dari segi akhlaknya?
Atau kita inginkan sebuah negara yang maju dari segi material dan mantap dari akhlaknya sekali.

Kita nilailah sendiri… hahaha…
Adakah kita tak takut ada nanti ada generasi kita yang sama terlibat dalam keruntuhan akhlak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s