Alhamdulillah….akhirnya…

Alhamdulillah…akhirnya aku dah abis jam kuliah aku kat institut perguruan Teknik ni. Sekarang ni aku dalam minggu KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) selama 3 minggu (sampai 1 Julai 2008), mungkin lapor diri kat sekolah pada 2 Julai 2008.

Sebelum KISSM ni aku kena pi kursus kenegaraan di Kem Bina Negara Maran, Pahang Darul Makmur. Hehe..sebelum nak pi BTN ni macam2 yang aku dengar dari kawan2 aku, ada yang kata susah…ada yang kata BTN ni untuk ‘cuci otak’ supaya menyokong kerajaan Malaysia.. dan macam2 lagilah.

Tapi bagi aku, sempoi jugalah pi BTN ni…dapat pengalaman, dapat maklumat yang berguna sebagai bakal penjawat awam kerajaan Malaysia (jadi cikgu). Tapi memang tak dinafikan, masa LDK memang aku jadi mengantuk..bayangkanlah selama minggu kursus BTN ni jadual memang padat.

Peserta BTN (KPLI j-QAF ambilan Jan 2007) yang seramai 148 orang dari Institut Perguruan Teknik dengan menggunakan 5 buah bas, akhirnya selamat sampai di kem pada jam 2 pagi, sampai2 je terus taklimat dan dijamu dengan minum teh dan biskut. Esoknya terus taklimat ringkas, ada pembentangan kertas kerja oleh para penceramah, lepas tu terus masuk dalam kumpulan masing2 untuk slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Time ldk ni lah yang paling aku tak tahan, aku tak tahan nak menahan perasaan mengantuk ni…bayangkanlan ada lebih kurang 7 slot untuk ldk ni…memang mengantuk punyalah. Yang bestnya time nilah kita dapat lihat ketrampilan kawan2 kita menyampaikan hujah2, dan macam2 lagi.

Takde idea….sambung lain kali..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s