LINUX UBUNTU

Tutorial ni aku copy dari http://zulkiplyharun.com/php/modules.php?name=ZultutorialBM&page=ubuntu

Ni pun untuk rujukan aku jer.

ubuntulogo UBUNTU (disebut oo-bun-tu) – adalah sebuah perkataan yang berasal dari Afrika yang bermaksud kemanusiaan untuk semua. Ia adalah sebuah sistem operasi berasaskan LINUX yang lengkap serta percuma dan menyediakan khidmat-sokongan kepada semua pihak – komuniti dan profesyenal.

Setakat ini Ubuntu merupakan distro linux yang mendapat sambutan paling hebat dan berita terkini menyatakan bahawa syarikat pencari enjin, Google, menggunakan Ubuntu untuk membentuk satu sistem operasinya sendiri untuk menyaingi Microsoft. Untuk maklumat lanjut mengenainya sila baca di SINI.

UBUNTU mempunyai banyak releases (keluaran) iaitu

  • WartyWarthog– Versi 4.10. Keluaran yang pertama; supported until April 2006.
  • HoaryHedgehog – Versi 5.04. Keluaran stabil yang lepas; sokongan hanya sehingga Oktober 2006.
  • BreezyBadger – Versi 5.10. Keluaran stabil yang lepas.
  • DapperDrake – Versi 6.06. dikeluarkan pada Jun 1, 2006.

MANA NAK DAPAT

1. Anda boleh mendapat CD ubuntu secara percuma dengan memenuhkan borang yang dikehendaki di SINI.
2. Anda boleh memuat-turun imej ISO Ubuntu dan kemudian bakarnya di CD.

PENERANGAN JIKA MENGGUNAKAN MUAT-TURUN

1. Pergi ke www.ubuntu.com dan klik Download. Pilih dari yang terdekat iaitu Malaysia
2. Anda perlukan klik Desktop CD iaitu Ubuntu versi 6.06 yang dipanggil Drake/Dapper
3. Pilih ubuntu-6.06-desktop-i386.iso dan Save As di hark-disk anda. (Jangan tersalah pilih!)
4. Failnya agak besar (600 MB) – mengambil masa berjam-jam untuk muat-turun disempurnakan.
5. Setelah selesai bakarnya di atas CD. Rujuk di sini (baca arahan No 2 hingga 5 sahaja) cara bagaimana nak lakukannya.

PERSEDIAAN UNTUK MEMASANG UBUNTU DI HARD DISK

1. Anda mungkin sudah mempunyai sistem operasi lain seperti Windows XP di komputer anda, oleh itu anda perlu PARTITION hard-disk anda untuk memasang Linux Ubuntu.
2. Siapkan lebihkurang 10GB ruang untuk Linux Ubuntu ini. RAM yang diperlukan ialah 128MB.
3. Untuk partitionkan hardisik anda perlu mempunyai perisian Partition Magic atau Partition Manager untuk lakukannya.
4. Anda juga boleh menggunakan program partition yang telah ada dalam Linux Ubuntu installer ini.
5. Pastikan komputer anda di boot dari CDROM. Caranya, restart komputer dan masuk ke BIOS. Caranya semasa mula-mula skrin komputer muncul tekan kunci Del atau  atau F2 atau F8 (mengikut apa yang komputer anda minta untuk ke BIOS Setup).
6. Pilih Andvanced BIOS Features -> dan pilih Boot Priority -> tentukan CDROM sebagai pilihan pertama.
7. Tekan kunci F10, Save and Exit.

PEMASANGAN LINUX UBUNTU.

1. Masukkan CD yang baru diburn ke dalam CDROM. Perlu difahami bahawa meskipun yang dicipta tadi adalah LIVE CD, tapi dari LIVE CD inilah nanti kita akan memasangi Ubuntu ke dalam hard-disk kita dengan mengklik ikon “Install to Hard-disk”.
2. Restart komputer.
3. Anda akan memperolehi skrin pertama Ubuntu

ubuntu1

4.Pilih Opsyen pertama iaitu Start Ubuntu.
5. Sekiranya anda memperolehi skrin kosong selepas ini tidak perlu gusar atau panik.

ubuntu2

6. Mungkin pada peringkat ini anda menyatakan bahawa perjalanan pemasangan Ubuntu agak lambat berbanding Windows jika diperhatikan kepada progress bar yang ada. Sebenarnya tidak begitu. Ketika ini Ubuntu djanakan dari Live CD dan apabila telah dipasang ke hardisk nanti ia akan menjadi laju. Ada beberapa ketika skrin anda tiba-tiba jadi hitam. Bersabar, itu normal. Setelah itu, skrin berikut akan dipaparkan.7. Klik ikon install di di atas desktop skrin. Jawab soalan-soalan yang ditanya.

ubuntu3a

8. Untuk nama bandar pilih kawasan Asia -> Kuala Lumpur. Setkan masa juga untuk ubuntu anda.

ubuntu4


9. Kemudian anda akan ditanya tentang Keyboard. Pilih American English.
10. Satu skrin akan terpapar yang meminta maklumat yang anda akan gunakan untuk Linux Ubuntu ini iaitu

a) Nama Penuh anda
b) nama yang ingin digunakan untuk login ke Ubuntu
c) Katalaluan / Pengesahan katalaluan
d) Nama komputer

10. Setelah itu satu skrin lain terpapar iaitu langkah persiapan menyediakan hard-disk anda untuk pemasangan Ubuntu, Pilih Opsyen yang bawah iaitu  manually edit partition table. (Jika komputer anda tidak ada Windows dan tidak akan memasang Windows barulah pilih Opsyen 1. Kalau anda hendak buang Windows yang ada dalam hard-disk anda untuk gantikan dengan Ubuntu, pilih Opsyen 2.


ubuntu5

11.  Kemudian, Ubuntu akan memaparkan jadual pembahagian hard-disk anda – apa partition yang ada dan sistem apa yang wujud bagi setiap partition itu. Jika anda mengklik pada tiap-tiap satunya dengan butang kanan tetikus, anda boleh memilih untuk mengubah saiznya atau menghapuskannya. Jika ada ruang kosong dan jika anda klik dengan butang kanan di ruang kosong itu, anda boleh mencipta partition baru.

12. Klik dengan butang kanan di di mana ada kawasan kosong lebih kurang 10GB dan pilih Add dengan opsyen ext. Saizkan semula ruang kosong  itu dengan meninggal lebihkurang 1GB kosong untuk SWAP.  Selepas itu di kawasan ruang kosong swap itu klik semula butang kanan dan Add. Jadikan ia sebagai ruang swap.

13. Anda akan perolehi ruang dimana linux akan dipasang akan ditandakan sebagai ext dan swap juga akan ditandakan sebagai swap.

14. Ni contoh saya, dimana 124GB telah disiapkan untuk linux dan 949MB sebagai swap.

w2u30

w2u31a

12. Ubuntu akan memaparkan mesej Kesedian Untuk Memasang (Ready To Install) dan semak kenyataan yang diberikan. Klik Back untuk ubah dan jika telah bersedia klik Install.

w2u32

13. Proses pemasangan bermula. Ia mengambil masa kadang-kadang sehingga 45 minit.

w2u33

w2u36

14. Apabila pemasangan selesai anda diminta untuk rebootkan komputer anda. Dan Selamat Datang ke Dunia Linux Ubuntu!

w2u37

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s