Nak hilang peringatan Tak Ori Pada windows xp

sumber rujuk dari  http://zulkiplyharun.com/php/article-page20.html

This copy of Microsoft Windows XP is not genuine – bagaimana melepasinya dan menghilangkan amaran itu?

Di dalam tulisan yang lalu, saya ada menyiarkan laporan mengenai usaha Microsoft untuk menjejaki pengguna perisian Windows cetak-rompak seperti yang tersiar di akhbar The Star pada (25/04/2006) . Saya menerima sekurang-kurangnya 7 email melaporkan bahawa komputer mereka telahpun menerima tampalan tersebut.

popupKini terdapat cara untuk mengatasi masalah tindakan Anti-Cetakrompak Microsoft – Peringatan Kelebihan Windows Tulen (Windows Genuine Advantage Notifications) yang memperingatkan pengguna Windows dengan mesej popup jika didapati anda menggunakan perisian Windows yang tidak tulen ini

Bukan itu sahaja, komputer yang terkena dengan peringatan Microsoft melalui Mesej Popup di atas akan juga mendapati satu tampalan di bawah penjuru sebelah kanan skrin komputer mereka yang mana tampalan ini adalah kekal. warningTampalan WGA Notifications ini akan dipasangkan di dalam komputer jika penguna (dengan sengaja atau kecuaian) mengemaskinikan Windows secara automatik melalui website Windows Update atau jika seseorang pengguna XP memuat-turun secara manual man-mana updates Windows yang terkini.

Berikut ialah saranan yang diperolehi untuk mengatasinya:

Tamatkan proses wgatray.exe di dalam Windows TaskManager dan hidupkan semula Windows XP secara safe mode (Gunakan kunci F8 semasa memulakan penghidupansemula Windows). Kemudian padam fail-fail berikut:

Padam WgaTray.exe dari c:/windows/system32
Padam WgaTray.exe dari c:/windows/system32dllcache

Mulakan Windows Registry editor dan padam folder “WGALOGON” yang terdapat di lokasi berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINE/SOFTWARE/Microsoft/Windows NT/CurrentVersion/WinlogonNotify. Padam semua rujukan in dalam registry yang berkaitan dengan WgaTray.exe

Satu lagi alternatif mencadangkan terdapat tiga fail yang terpasang di dalam folder sistem Windows XP iaitu:

WINDOWS/system32/WgaLogon.dll
WINDOWS/system32/WgaTray.exe
WINDOWS/system32/LegitCheckControl.dll

wgatrayProses dari wgatray.exe ini yang menjalankan semakan terhadap perisian Windows anda samada tulen atau cetak-rompak. Anda boleh non-aktifkan WGA dengan mengeluarkan bit penjanaan (execute bit) pada WgaLogon.dll. Dengan cara demikian, winlogon tidak berupaya untuk memanggilnya dalam bentuk pakej peringatan semasa booting, dan kerana WgaLogon bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memperkemaskan WgaTray.exe, tiada juga lagi mesej popups.

fileshareUntuk mengubah bit penjanaan WgaLogon.dll, pertama matikan “Simple File Sharing”. Sekarang klik butang kanan tetikus pada fail berkenaan dan buka Security Tab. Pilih
butang Advanced, hilangkan tanda tick pada “the Inherit box” di bawah, klik butang Copy, kemudian klik OK. Lakukan untuk kesetiap user/group yang disenaraikan dan hapuskan “Read & Execute” permission untuk fail berkenaan, dengan hanya meninggalkan “Read” permission seperti keadaan asalnya.

Klik OK untuk melakukan perubahan permission tersebut dan tutup kotak dialog file properties. Tutup dan hidupkan semula komputer . Anda sekarang boleh gunakan semula “Use simple file sharing”, jika anda mahu.

Alternatif ketiga mencadangkan pengguna membersihkan isi fail data.dat yang terdapat di lokasi berikut:
C:/Documents and Settings/All Users/Application Data/Windows Genuine Advantage/data

Kemudian simpan data.dat sebagai satu fail kosong dan tukar attribut menjadi “Read Only” – dan hidupkan semula komputer anda. Atau mulakan komputer dalam Safe Mode dan hapuskan fail-fail berikut dari folder Windows/system32- wgalogon.dll spmgs.dll wgatray.exe Fail setup WGA ialah di dalam
C:/WINDOWS/SoftwareDistribution/ Download6c4788c9549d437e76e1773a7639582a

Jika anda tidak menggunakan “Fast User Switching”, anda boleh non-aktifkan Skrin Alu-aluan Windows XP jika anda logged in sebagai Administrator. Ini akan menghapuskan Skrin Amaran WGA:

1. Klik pada Start -> Control Panel ->User Accounts
2. Klik “Change the way users log on or off
3. Hilangkan tick pada “Use the Welcome Screen” – Pilih Apply
4. Tutup tetingkap User Accounts dan Control Panel
5. Selepas anda reboot komputer anda, petak login klasik akan digunakan.

Untuk menggunakan Fast User Switching, anda mesti juga aktifkan pilihan Use the Welcome screen. Juga, Fast User Switching tidak boleh digunakan jika Offline Files diaktifkan.

Namun semua di atas masih diperngkat eksperimen dan belum ada jaminan ia akan berjaya sepenuhnya. Sementara itu Microsoft tidak mahu tunduk kepada pemecah kod (crackers) kali ini dan merancang untuk mengeluarkan update terhadap utiliti WGADiag2.exe dalamasa beberapa hari lagi

runWGADiag2 juga ak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s