Isu 10% Kemasukkan Bukan Bumiputera Ke UiTM.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pandangan seorang Menteri Besar, yang telah mencadangkan supaya dibuka kuota kepada bukan bumiputera sebanyak 10 %. Sepertimana yang telah kita ketahui tujuan asal penubuhan UiTM hanyalah dikhaskan untuk bumiputera sahaja. Bumiputera bermaksud orang melayu, orang asli di semenanjung dan suku-suku yang terdapat di Sabah dan Serawak.

Cadangan yang ditimbulkan oleh Menteri Besar tersebut telah mampu menyatukan bangsa Melayu di dalam satu wadah, khususnya menyatukan seluruh mahasiswa UiTM itu sendiri termasuklah para alumni-alumninya.

Saya juga sempat mendengar wawancara dengan Naib Canselor UiTM secara langsung di Radio 24. Apabila saya mendengar wawancara tersebut, saya terlalu merasa hebat dengan kehebatan NC UiTM tersebut mempertahankan bangsa Melayu. Dengan menggunakan nada yang keras, bercakap seperti seorang pendekar yang layaknya sedang mempertahankan bangsa Melayu. Di mana beliau menyatakan beliau boleh menggerakkan massa untuk mempertahankan bangsa Melayu. Beliau boleh mengerakkan seluruh alumni UiTM untuk mempertahankan bangsa Melayu.

NC UiTM juga ada menyatakan Menteri Besar tersebut juga sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Ye, kita tidak boleh berkerjasama dengan seorang pengkhianat kerana ianya dapat melemahkan bangsa Melayu.

Semenjak isu-isu tentang kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM, bermacam-macam pandangan dan tanggapan yang kita boleh baca dalam akhbar-akhbar sama ada akhbar yang pro kerajaan atau akhbar-akhbar yang bersifat pertengahan. Ada yang bersetuju dengan kata-kata oleh Menteri Besar tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju dan ada juga yang lebih bersifat “tengah-tengah”.

Tetapi apa-apa pun pendapat yang diberi oleh beberapa pihak, pasti masalah ini ada sisi positif dan posisi negatifnya. Cuma, di sinilah peranan kita sebagai makhluk Allah yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dengan fikiran yang jernih. Di sinilah kita boleh menggunakan “keadah keutamaan” iaitu kita memilih yang lebih penting di dalam hal-hal yang penting.

Mungkin masalah ini adakalanya mempunyai sisi yang positif, adakalanya hal ini mempunyai sisi yang negatif. Jadi sebagai pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia sepatutnya berfikir…berfikir…. Berfikir dan bertindak.

Kita semakin lama akan semakin banyak ilmu dan pengalaman….dari situ kita akan mampun membuat penilaian… Sekian Terima kasih.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s