Olimpik di Beijing. Kebaikan dan keburukannya Untuk Malaysia?

Pesta sukan olimpik sedang rancak dilaksanakan. Buat masa ini negara-negara besar seperti China, USA dan sewaktu dengannya menguasai acara-acara yang dipertandingan. Banyak juga cacatan rekod dunia yang telah dibuat.

Sudah menjadi lumrah alam ini, apabila sesuatu perkara yang dilakukan menghasilkan sesuatu kejayaan semua pihak akan member pujian sehingga ada yang memberikan pujian yang melampau-lampau sehingga membuatkan pemimpin kita menjadi “kembang hidung”, sombong, riak, lupa diri dan sebagainya. Sehinggakan disebalik tabirnya ramai dikalangan kita yang menderita sengsara. Tetapi apabila sesuatu perkara yang kita lakukan tidak menghadirkan hasil yang lumayan setelah mengeluarkan banyak duit, maka kita mendengar bermacam-macam kritikan dan teguran.

Jika kita melihat penyertaan Malaysia di sukan olimpik, saya tertanya, apakah sebenarnya penyertaan kita di temasya sukan olimpik ini? Jadi untuk mengetahui matlamat ini, saya akan mendapatkan sumber-sumbernya dari sumber Internet.

Sehingga ke hari hanya beberapa orang sahaja peserta dari Malaysia yang memperolehi pingat, dan yang dapat pingat tersebut telah Berjaya pula memperolehi wang sebanyak RM300,000 dengan bermacam-macam lagi pemberian oleh kerajaan. Agak-agaknya duit tersebut diambil dari mana ye?

Ntahlah, bila aku pikir-pikir semua, otak aku jadi buntu, kadang-kadang pelik juga kerajaan kita, di waktu kita menghadapi kegawatan global ini, sempat lagi dia bagi duit sebanyak itu . Dengan bermacam-macam kenaikan harga barangan keperluan, sempat lagi kita menghabiskan banyak duit untuk hantar orang-orang kita ke Olimpik…agak-agaknya berapalah kos ke olimpik ni? Adakah olimpik ini sangat memberi manfaat untuk rakyat Malaysia?

Apa kesannya jika kita langsung tidak menyertai sukan-sukan kat luar Negara yang menelan perbelanjaan yang banyak? Apakah sebenarnya keadaan Negara kita sekarang ini sebenarnya? Adakah sosio budaya di Malaysia sudah banyak berubah? Adakah dengan menguasai sistem perekonomian kita akan mampu menguasai sebuah tanah? Sultan Brunei adalah yang terkaya, tapi apa yang dia terkenal?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s