Permatang Pauh Semakin Hampir

Sejak akhir-akhir ni, bermacam-macam cerita dan peristiwa dapat kita lihat dan dengar di kaca televisyen dan corong radio. Apatah lagi pilihanraya kecil di Permatang Pauh sudah semakin hampir, jadi bermacam-macamlah cerita dan peristiwa yang dapat kita lihat dan dengar. Sebenarnya aku sekarang ini berada di Pelabuhan Klang di samping isteri aku yang tercinta. Jarak Pelabuhan Klang dengan Permatang Pauh itu bukannya dekat tapi jauh. Agak-agaknya macamanalah suasana di Permatang Pauh itu? Aku kat rasa macam biasa jer. Sekali sekali baca surat khabar dan melayari internet. Walaupun begitu, aku masih belum merasakan bahang panas dari Permatang Pauh itu. Sedangkan media massa melaporkan tentang kesamsengan yang dilakukan oleh puak PKR, rasuah oleh ADUN PKR, liwat dan bermacam-macam lagi yang mana rakyat biasa macam aku dah boleh mengagak semua itu hendak dikaitkan dengan Anwar.

Secara jujur, aku mempunyai penilaian yang 50:50, aku tak berani nak kata Anwar akan menang besar. Sebab kalau kita mengikut sejarah pilihanraya kecil yang lepas jarang sekali kita mendengar pembangkang yang menang, selalunya BN yang akan menang. Sebabnya BN akan menggerak dan menumpukan sepenuh masa di Permatang Pauh. BN pula menguasai media perdana, ini sudah memberi kelebihan kepada BN berbanding dengan BA. Tapi walaupun begitu, sekarang rakyat seperti aku boleh mengetahui berbagai fakta dan membuat perbandingan dengan menggunakan teknologi maklumat atau ICT. Tapi walaupun sering melayari internet, aku masih tak berani nak cakap Anwar akan menang besar, mungkin juga Anwar boleh kalah kat Permatang Pauh.

Lagi satu, pihak BN ni aku rasa dah hampir berjaya mencucukkan jarumnya kepada rakyat jelata bahawa terdapat ketidaksepakatan dalam PKR. BN cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS dengan PKR, mereka cuba melagakan dengan DAP, mereka memainkan isu kaum, mereka memainkan isu agama, yang penting mereka cuba memainkan isu-isu yang sensitif dan kalau boleh yang lebih sensitif.

Mana perginya kes bom-bom, kes rasuah, kes rogol, kes zina, kes rempit? Mana perginya? Semuanya dilupakan semata-mata kerana politik. Sebenarnya aku sendiri pun akan tergelak apabila melihat pemimpin kita, terutamanya yang dari BN, semuanya bercakap macam orang baik. Boleh le nak menipu rakyat, lagak baik. Baru nak buat itu, buat ini. Masa dalam senang, langsung tak ingatkan rakyat jelata, bila dah terkontang kanting barulah nak minta harapan rakyat. Rakyat sekarang ini bukan seperti rakyat yang dulu lagi, rakyat sekarang adalah rakyat yang dah pandai membaca dan main internet, macam-macam maklumat boleh didapati dalam internet.

Sebenarnya aku pun suka juga kalau Anwar menang besar. Sebab kalau Anwar menang, dah tentu dia akan dapat masuk sidang parlimen nanti. Agak-agaknya macamanalah suasana siding parlimen tu nanti? Wahai rakyat Malaysia, kamu tidak mahu kelainan dalam parlimen ke nanti? Kalau nak tahu, bagilah Anwar menang.

Lagi satu, NC UiTM pernah cakap, dia tak nak selain bumiputera masuk UiTM sebab bangsa kita Melayu ni masih bertatih-tatih, masih merangkak-rangkak. Dalam BTN pun mereka cakap ni. Rakyat semua tak pikir? Dan 50 tahun kita merdeka, tapi dia cakap kita ni masih bertatih. Kalau betul, mesti BN selama ni tak buat kerja amanah dengan jujur. Dah 50 tahun! Masih tak mampu nak bersaing. Pelik betul. Kalau betullah macam tu, lebih baik aku pilih jentera kerajaan yang baru. Aku pun nak juga rasa suasana baru. Kalau boleh nak PAS yang perintah Malaysia ni. Nak tengok macamne PAS perintah. Ok ke tak ok.

Wahai, doakan Anwar menang besar. Bila Anwar dah menang, barulah kita dapat lihat perkara yang sebenar. Sebab Anwar dah berada dalam parlimen. Mesti ada yang akan panas punggung dan telinganya.

Permatang Pauh…..Permatang Pauh…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s