QAZAF?

Tujuan utama hukum Islam ialah untuk mengangkat kemaslahatan dan membendung kejahatan. Iaitu pencegahan awal dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Yang perkara-perkara yang tidak elok boleh mengganggu gugat sistem perhubungan dalam sesebuah masyarakat. Sebagai insan yang beragama Islam yang meyakini bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Muhamad adalah pesuruh Allah. Dan sudah tentulah sumber-sumber hukum Islam ini adalah bersumberkan dari Allah SWT dan dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis.

Allah SWT adalah Maha Pencipta. Dia-lah yang menjadi alam semesta dan segala isi-isinya termasuklah manusia. Sebagai Pencipta manusia, maka sudah tentulah Allah lebih Maha Mengetahui apa dia manusia ini. Dia mengetahui fitrah kejadian manusia. Dia mengetahui apa yang terbaik dan yang terburuk untuk manusia.

Sejak timbulnya isu-isu liwat ini yang terutamanya melibat beberapa pemimpin di Malaysia, maka bermulalah kedengarannya istilah Qazaf. Yang mana istilah Qazaf selama ini difahami oleh mereka yang suka membaca dan mereka yang memperdalami hukum Islam. Saya yakin, selama ini hamper separuh dari orang Melayu Islam di Malaysia ini masih belum atau tidak memahami apa dia dia QAZAF.

Ok. QAZAF ialah satu peruntukan dalam hukum Islam yang berada dalam peruntukkan hukum Hudud. Qazaf berlaku apabila seseorang membuat pertuduhan zina terhadap orang lain tanpa menghadir beberapa orang saksi. Kerana melakukan zina akan menerima hukuman yang sangat berat, melibatkan nyawa seseorang. Dimana jika yang melakukan zina tersebut adalah mereka yang belum pernah berkahwin akan dikenakan hukuman disebat 100 kali, manakala bagi mereka yang berkahwin atau pernah berkahwin secara halal dan sah , akan dikenakan hukuman rejam sampai mati.

Dalam kaedah fiqh, terdapat kaedah yang menyatakan dalam menjatuhkan hukuman hudud apabila terdapat beberapa fakta yang samar-samar maka hukuman hudud tidak akan dilaksanakan. Disini diperlukan penjelasan yang lebih lanjut dan lebih mendalam untuk memahami bagaimana proses hukuman hudud ini dilaksanakan.

Jadi di sini, melakukan zina adalah berdosa besar, apatah lagi jika kita menuduh seseorang melakukan dosa-dosa besar dalam kes ini menuduh melakukan zina. Kerana jika betul disabit dengan zina, kita dikenakan hukuman yang berat. Hukuman berat yang melibatkan kemudaratan fizikal dan nyawa kita sendiri. Sudah fitrah manusia akan lebih berhati-hati apabila mengetahui tindakan-tindakannya mempunyai kesan kesakitan yang sangat sakit.

Jadi jika terdapat seseorang dari kita yang menuduh seseorang melakukan zina, kita diwajibkan untuk menghadirkan beberapa orang saksi yang adil dan terpercaya. Kerana menuduh seseorang melakukan dosa besar boleh menyebabkan orang yang dituduh itu hilang maruah, rosak kewibawaan, lebih-lebih lagi jika pertuduhan tersebut dibuat atas kepentingan peribadi bukannya bertujuan untuk menegakkan syariat Islam.

Jika orang menuduh tersebut tidak dapat menghadirkan saksi, dan kes ini telah dibawa ke muka pengadilan, maka orang yang menuduh tersebut boleh dikenakan hukuman Qazaf, di mana dia boleh dikenakan hukuman sebatan 80 kali sebatan.

Ingat! Tujuan hukum Islam adalah untuk mencegah kemungkaran dan mengangkat kebaikan. Tidak lebih tidak kurang. Wallahu’alam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s