Bersumpah Dengan Nama Allah.

Aduh…pening sekarang ni bila aku tengok gelagat pemimpin-pemimpin kita sekarang ni. Macam-macam hal. Baru-baru ini seorang bekas menteri dituduh meliwat bekas pembantunya, menteri tersebut buat tak layan jer dengan tuduhan tu, tapi dia ada buat laporan kat mahkamah syariah. Lepas tu, pembantu yang kena liwat tu pula buat pengakuan bersumpah kat rumah Allah. Pembantu dia ni buat sumpah laknat seumur hidup dia.

Kat Malaysia sekarang ada macam-macam kes yang melibat pemimpin-pemimpin kita. Ada kes rasuah, kes berzina, kes bunuh dan macam-macam lagi lah…pening kepala aku dibuatnya. Lagi lah dah dekat sangat pilihan raya kecil Permatang Pauh ni, lagilah macam-macam yang timbul.

Baru-baru seorang menteri pula yang buat sumpah dengan nama Allah. Dia bersumpah yang dia tak pernah berjumpa dengan orang yang kena bunuh tu. Hai…semuanya main sumpah-sumpah sekarang, jangan perangai macam sumpah-sumpah dah lah.

Tapi apa pun yang pemimpin ini buat, aku sebagai rakyat biasa dah pandai menilai sikit-sikit, sebabnya benda-benda macamni dah wujud sejak dari dulu lagi. Sekarang ni wujud semula, sebabnya dah nak pilihanraya Permatang Pauh. Dalam lubuk hati aku sekarang ni, sememangnya aku nak muak dengan perangai pemimpin kita sekarang ni.

Masa berkempen, perghhhh….macam-macam janji yang dibuat, kadang-kadang tu janji yang tak masuk diakal pun dijanjikan. Tapi bila dia dah menang, hampeh….

Sumpah dengan Nama Allah dibuat main-main. Lebih-lebih lagi dibuat oleh seorang pemimpin yang berjiwa sekular.

Ya Allah, jadikanlah Malaysia ni sebuah Negara yang beriman. Semoga generasi akan dating menjadi generasi ulul albab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s