Cacatan Kem Bina Semangat Ampang Pecah.

 

Aku bertolak ke Ampang Pecah pada jam 9.30 pagi. Sebelum itu aku aku mengambil Shukri di Taman Kencana Ampang dan pergi ke SK Pandah Indah kerana di sana telah menunggu 2 orang ustazah yang akan mengikut kami. Kami bergerak dengan 2 kereta, masing-masing menggunakan kereta Persona.

Aku mengambil laluan di MRR2 dan keluar di simpang ke Sungai Tua dekat dengan Batu Caves. Kami melalui kawasan tinggi dan berbengkang bengkok. Sebenarnya dah lama sangat aku tak lalu jalan, memang best lalu kat sini, suasana kehijauan, Nampak empangan Sungai Tua, hilang sekejap stress aku ni.

Kami sampai di Ampang Pecah pada jam 11.30 pagi, dan waktu pendaftaran tamat pada jam 12.00 tengahari. Aku terus mendaftarkan diri , mengambil selimut dan terus ke dorm. Rehat-rehat sekejap.

Aku parking kereta aku kat belakang dorm jer, sebab senang sikit nak pergi ke kereta. Sememangnya aku merasa sangat seronok apabila berada di sini. Dengan suasana pokok menghijau, pemandangan bukit-bukit yang memberi ketenangan pada aku. Indahnya ciptaan Allah SWT.

Nama kursus yang aku hadiri ini bernama Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF Negeri Selangor Tahun 2008 bermula dari 25 hingga 27 Ogos 2008. Dalam kursus ini kami diberi pendedahan yang lebih mendalam tentang model dan modul yang ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah rendah program j-QAF.

Di sini kami diberi taklimat tentang bagaimana nak melaksanakan model-model j-QAF ini. J-QAF ada 4 model iaitu Pemulihan Jawi, Khatam Al-Quran, Bahasa arab dan Bestari Solat. Selain tu, kami juga didedahkan tentang pengurusan, bagaimana nak mengurus program j-QAF di sekolah.

Insya Allah selepas dari kursus ni, aku nak buat yang terbaik. Amin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s