Harapan Rakyat Dalam Bajet 2009

Insya Allah, lepas solat Jumaat ini Perdana Menteri kita akan membentang Bajet 2009. Pembentangan ini akan disiarkan di seluruh media massa arus perdana. Aku amat berharap semoga adanya beberapa perubahan dan peruntukkan yang boleh mengurangkan beban rakyat. Aku sebagai rakyat Malaysia sekarang ini rasa beban dengan kenaikan harga-harga barangan utama seperti petrol dan sebagainya. Sekarang ini aku dah cuba berjimat cermat tapi tetap rasa membebankan kerana banyak benda yang kita mesti bayar. Dalam erti kata lain, nak tak nak dalam zaman ini kita mesti terjebak dengan hutang. Nak beli kenderaan dengan berhutang, beli rumah dengan berhutang, nak sambung pelajaran dengan berhutang, ikut lebuhraya kena cukai (tol) dan banyak lagi yang tak larat aku nak sebut kat sini.

Dalam dunia sekarang ni serba serbi nak tak nak kita akan terjebak dengan berhutang. Beli laptop pun dengan berhutang juga (kad kredit). Kalau orang yang bergaji besar macam pak menteri kita takpelah juga, mereka ni dahlah gaji besar, dapat elaun pun macam-macam jenis elaun. Tak payah bayar tol, tak payah bayar apa-apa pun. Masuk parlimen pun dibayar elaun.

Semoga adanya perubahan dalam Bajet 2009. Perubahan kearah Rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s