Adab dan Hikmah Berpuasa di Bulan Ramadhan

Tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini contohnya Perang Badar, Penurunan Al-Quran dan sebagainya. Yang paling penting ialah dalam bulan ini juga seluruh umat Islam yang mukallaf diwajibkan melaksanakan ibadat puasa. Kita akan melaksanakan ibadat puasa ini dari mula masuk waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib.

    Puasa bulan ini (Ramadhan) ialah puasa yang diwajibkan oleh Allh SWT kepada setiap orang Islam yang telah akil baligh. Puasa di bulan Ramadhan juga merupakan rukun Islam yang ke 5. Sesiapa yang sengaja meninggalkannya diwajibkan ke atasnya qada’ (menggantikan puasa yang ditinggal) dan kifarat. Sesiapa yang meninggalkan puasa kerana uzur (sakit) dia hanya diwajibkan qada’ tidak perlu kifarat.

    Ketika melaksanakan ibadat puasa ini terdapat beberapa perkara atau adab-adab berpuasa yang perlu kita ikuti. Semoga dengan mengikuti adab-adab berpuasa kita semua akan memperolehi rahmat Allah SWT.

    Antara adab-adab berpuasa ialah:

  • Menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela, mencaci, maki hamun dan perkara-perkara yang kotor.
  • Menjauhkan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa.
  • Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan makan sahur.
  • Mengurangkan tidur terutama pada siang hari berpuasa.
  • Menahan hati daripada memikirkan keinginan yang hina dan kotor.
  • Hendaklah selalu mengingatkan bencana pada Hari Akhirat.
  • Menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala amal ibadat kita semoga dibalasi Allah dengan balasan yang setimpal.

Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Setiap perkara yang diperintahkan Allah SWT pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Allah SWT tidak akan menjadikan suatu perkara itu tanpa sebab atau hikmah di sebaliknya. Antara hikmah-hikmah berpuasa ialah:

  • Puasa itu dapat melahirkan perasaan ingin tolong-menolong antara satu sama lain, kasih saying terhadap fakir miskin, anak-anak yatim dan orang hidup dalam kemelaratan. Menginsafi akan kesusahan mereka itu yang pernah menderita kelaparan.
  • Puasa dapat melahirkan rasa kesyukuran dalam hati kita. Kita patut bersyukur kerana selama ini kita diberi nikmat makanan dan minuman sedang terdapat umat Islam di tempat lain yang menghadapai kebuluran seperti di Afrika.
  • Boleh melatih diri kita supaya bersifat sabar, sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran dan kesusahan yang menimpa diri kita.


     

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s