Ustaz Akil Hayy.

Baru sebentar aku membeli album Ustaz Akil Hayy yang berjudul Nasyid Lagenda II (Himpunan Nasyid Nostalgia) harga cdnya lebih kurang RM29. Dalam cd ni sekali disertakan cd Dokumentari Akhilnya Kembali. Aku memang puas hati bila membeli cd ni, memang rasa tak rugi. Ntahle aku pun tak tahu macamne aku boleh terniat nak beli cd ustaz Akil Hayy ni.

Baru-baru ni aku balik ke kampong aku kat Sungai Besar, abis merata tempat jual cd-cd kat Sungai Besar aku cari tapi jumpa, sampai aku pi mencari kat Pekan Sabak Bernam, aku cari cd ni dengan adik aku yang nombor 5 nama dia UMAR, student UKM.

Yang paling aku teruja ialah bila aku tengok cd dokumentari ustaz Akil Hayy ni, memang bersemangat aku jadinya. Aku suka lihat suasana kat kampong ustaz ni, penuh dengan kehijauan, macam warna tema album cd ni juga.

Semasa aku melihat cd dokumentari ni, aku terfikir betapa sempurnanya dan seronoknya ajaran Islam yang kita yakini ini. Islam tidak memisahkan antara urusan dunia dengan urusan akhirat. Islam tidak menolak seni dan sastera, Islam tidak menolak aktiviti permainan dan sukan, bukan sepertimana pandangan sesetengah orang yang menganggap Islam hanya dalam bab urusan ibadah saja. Islam digambarkan sebagai penganutnya yang hanya solat di surau di masjid, berzikir dan sebagainya, padahal Islam itu sempurna, sempurna dengan tidak menolak atau meminggir fitrah kejadian manusia yang suka kepada hiburan.

Walaubagaimanapun setiap aktiviti yang kita dilakukan mestilah berlandaskan suruhan Allah dan larangan Allah. Allah tidak melarang kita berhibur kerana hiburan adalah salah satu makanan jiwa, tanpa hiburan atau seni , jiwa atau hati boleh kekeringan dan tandus.

Bayangkanlah dari berlatarbelakang seorang penyanyi rock berhijrah kepada seorang pendakwah yang mempunyai cirri dan bakat yang dikurniakan Allah SWT. Ustaz Akil Hayy telah dikurniakan Allah kecerdasan muzik dan kecerdasan berbahasa. Alangkah beruntungnya bila kecerdasan ini dibaluti dengan keimanan. Subhanallah.

Ermmm…kalau dibanding aku dengan Ustaz Akil Hayy ni memang banyak jauh bezanya. Aku sampai sekarang ni masih belum pasti apakah kelebihan yang aku ada? Aku masih mencari kekuatan aku, kekuatan yang boleh aku gunakan untuk melakukan seperti ustaz Akil Hayy telah buat, beliau menggunakan kekuatan dan bakatnya untuk berdakwah.

Semoga generasi kita yang dating nanti akan memanfaatkan bakat-bakat dan kepandaian mereka untuk Islam. Dan semoga masyarakat di seluruh dunia akan dapat memahami apa itu sebenarnya Islam.Di masa ini Islam digambarkan sebagai agama yang menganjurkan keganasan, merendahkan wanita khususnya dalam urusan perkahwinan (poligami dan sebagainya).

Mungkin aku sekarang ini belum mampu untuk kea rah itu, tetapi semoga anak-anak didik aku dan kita semua dapat meneruskannya. Insya Allah. Amin.

Kalau ada sesiapa yang baca tulisan aku sekarang, aku anjurkan korang belilah cd nasyid Ustaz Akil Hayy, memang best woo… chau…wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s