Tulis saja-saja

Assalamualaikum…

Sudah lama juga aku tidak menulis dalam blog ini, mungkin kerana kesibukan aktiviti dalam bulan Ramadhan ini. Maklumlah dalam bulan Ramadhanlah aktiviti yang akan dijalankan sebulan penuh oleh Panitia Pendidikan Islam. Setiap hari memantau perjalanan program Tadarrus untuk murid tahap 2 manakala untuk murid tahap 1 diadakan program mewarnakan , menonton tayangan filem islami dan sebagainya.

Alhamdulillah program yang dijalankan berjalan dengan lancar, dan seluruh anggota Panitia Pendidikan Islam memberikan kerjasama yang cukup baik. Kerjasama inilah yang aku suka dan harapkan. InsyaAllah semoga kerjasama ini berterusan.

Dalam bulan ini juga bagi aku kurang sedikit berbangkit isu-isu yang panas untuk Negara kita, Cuma yang menjadi perhatian dan tanda Tanya ialah 16 September ini. Tetapi yang penting 17 September ini kita bercuti sempena Nuzul Al-Quran.

Apa pun kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku dalam Negara kita ini. Tunggu.

Aku pun tunggu juga apa yang terjadi pada 16 September ini, adakah atau tidak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s