Upin Dan Ipin

Aku mula menonton siri Upin dan Ipin pada bulan Ramadhan tahun lepas (2007). Aku sebenarnya bukanlah menonton dari episode yang pertama tetapi pada episode yang akhir-akhir sekali, kalau tidak silap episod si Upin dan si Ipin pergi solat terawih dan main lempar selipar.

Bila aku menonton cerita ini, pada mulanya aku tidak percaya yang membuat filem animasi ini kebanyakannya terdiri daripada orang kita sendiri. Memang aku “salute” dengan mereka. Sekarang ini pun sedang ditayangkan episod Upin dan Ipin(Setahun Kemudian).

Apa yang hendak aku katakan di sini ialah cerita Upin dan Ipin ini dah semakin mantap. Bagi aku lagi seronok daripada menonton Final Fantasy. Cerita animasi yang ringan, yang seronok, yang mempunyai mesej tertentu. Dan aku terfikir bahawa satu hari nanti cerita Upin dan Ipin ini boleh dijadikan filem yang terhangat di pasaran. Manakala episode-episodnya boleh di bawa ke peringkat antarabangsa. Tetapi saranan aku di sini, jika cerita Upin dan Ipin dapat menembus ke pasaran antarabangsa penggunaan Bahasa Melayu (Malaysia) tetap terus dikekalkan, Cuma penggunaan sarikata mengikut bahasa Negara-negara masing. Dengan ini dapat memperkenalkan Bahasa melayu ke masyarakat antarabangsa. Insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s