Balik Raya Ke Sabah

Raya tahun ini aku akan beraya di kampung isteri aku. Sepatutnya isteri aku nak beraya di kampung aku di Sungai Besar. Tetapi bila memikirkan pada bulan September dan Disember ini isteri aku kena masuk KDC (Kursus Dalam Cuti) di Institut Perguruan Bahasa Melayu, lepas tu pulak adik aku Si Zubir pula nak nikah, jadi kenalah aku beraya dulu di Pulau Sebatik. Tiket aku dah tempah awal-awal lagi, 3 bulan sebelum nak ke Sabah. Biasalah, nak jimat aku pun naiklah Air Asia, murah sikit daripada MAS.

 

    Aku terbang ke Tawau pada petang 26 September bersamaan 26 Ramadhan. Inilah pengalaman pertama kali berbuka puasa dalam kapal terbang. Aku buka dengan Nasi Lemak Pak Nasir dan Air Milo Kotak. Aku duk di sebelah kiri, kerusi tengah-tengah, sebelah kiri aku makcik orang putih dan sebelah kanan aku gadis sabah. Tapi dari mula terbang sampai mendarat aku senyap je, malas nak bercakap, kebetulan aku ni pendiam sikit. Hehe…

 

    Dalam jam 10.30 aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, aku ada sebuah lagi kapal Air Asia yang macam baru sampai. Ramai juga orang kat airport ni, mesti ramai yang nak balik raya. Kat pintu ketibaan aku tengok ramai orang yang menunggu termasuklah isteri aku. Ha…tapi sebelum nak masuk ke Sabah ni khususnya yang dari semenanjung mesti kena cek kat kaunter imigresen dulu, nanti pegawai tu akan bagi satu kertas putih yang kita kena simpan. Masa aku bagi i/c aku kat pegawai tu, aku tengok dia geleng-geleng kepala sambil senyum. Aku rasa dia geleng-geleng kepala sebab dia rasa pelik aku yang dari semenanjung datang ke sabah time-time raya, sepatut orang yang macam aku mestilah nak balik ke semenanjung bila time raya, tapi yang ini terbalik le pulak. Hehe…

 

    Aku di jemput oleh isteri aku dengan cikgu Junaidi. Cikgu Junaidi ni memang orang Sabah, orang Dusun bah… Dia dah siap tempah kereta sewa dari KK ke Ranau, tambangnya lebih kurang RM 160 dengan perjalanan yang memakan masa 3 jam. Memang semua ini merupakan pengalaman yang best untuk aku. Pemandangan waktu malam di KK boleh dikatakan best juga, banyak lampu-lampu, lalu tepi laut dan aku dapat melihat Universitit Malaysia Sabah (UMS), boleh tahan besar dan luas juga UMS ni.

 

    Perjalanan semakin lama semakin meninggi dan sejuk, jalan pulan bengkang bengkok. Mungkin time tu kami dah mula masuk ke kawasan kaki gunung Kinabalu. Memang best trip kali ni. Aku memang teruja.

 

    Dalam perjalanan memang aku tak tido sebab aku nak tengok suasana sini, tapi aku tak berapa pasti macamne keadaan di sini sebab gelap. Puncak Kinabalu pun tak berapa jelas, kadang-kadang tu nampaklah samar samar sedikit. Yang aku ingat, kami lalu di Pekan Nabalu, Kinabalu Park, Kundasang dan akhirnya sampai ke Ranau.

 

    Bila sampai di kawasan Kinabalu Park dan Kundasang, aku terasa memang sejuk tahap tinggi punya (high level) badan aku dah mengigil, hidung macam nak selsema je. Dengan keadaan gelap, aku tak lihat suasana di Kundasang cuma aku lihat lampu-lampu rumah di lereng-lereng bukit.

 

    Selepas Kundasang kami tiba di Ranau. Kami terus ke Kampung Marakau, isteri aku mengajar di sini. Aku nak tido di rumah warden Sekolah Menengah Agama tAl-Irsyadiyah, Marakau. Kat sini kurang terasa sejuk sangat tapi masih sejuk sangat, kira sedang-sedang aja. Malam tu aku mandi juga walaupun cuaca sejuk sangat. Memang sejuk bah…tapi aku mandi juga.    Lepas mandi aku berbual-bual sekejap dengan isteri aku, maklumlah dah lama tak berjumpa. Aku ni orang Selangor, mengajar di Port Kelang, isteri aku pula orang Sabah, mengajar di Ranau. Berjumpa pun time cuti-cuti sekolah jer atau isteri aku kena berkursus di semenanjung. Lepas berbual-bual, aku pun tidolah dengan lelapnya dengan diselimuti udara yang segar dan sejuk. Memang bagus bah…

 

Sahur.

 

Jam 4 pagi isteri aku dah kejutkan untuk makan sahur. Pelik juga masa tu, sebab kat semenanjung aku bersahur jam 5.30 pagi. Kami bersahur ala kadar jer. Tapi banyak jugalah aku makan nasi. Sebab hari ni Cikgu Junaidi nak bawa jalan-jalan, best. Lepas makan sahur, aku solat subuh, lepas subuh aku tido sekejap sebelum nak pi jalan-jalan.

Isteri aku tak sambung tido, dia basuh baju. Banyak juga baju yang dia nak basuh, aku ingat nak tolong tapi kengantukan telah menguasai aku jadi pun sambung tido.

 

Jalan-jalan.

 

Lebih kurang jam 10, kami sudah bersiap-siap untuk jalan-jalan di sekitar Ranau, Kundasang dan Kinabalu Park. Cikgu Junaidi menjemput kami dengan kereta Toyota Avanza Goldnya. Pergh….kat sini memang sejuk bah…aku pulak pakai baju t-shirt lengan pendek, mengigil dibuatnya.

 

    Destinasi pertama yang kami tuju ialah Kinabalu Park. Kinabalu Park ni ialah tempat pintu masuk para pengunjung atau para pendaki yang ingin melihat dengan lebih dekat puncak gunung Kinabalu dan yang ingin mendaki. Nak masuk ke sini kena bayar RM 3 seorang untuk dewasa. Kebetulan pula time tu hujan le pulak, jadi pergerakan kami terbatas. Nak tengok puncak dengan lebih dekat pulak tak nampak sebab kabus tebal. Jadi kami berjalan-jalan mengelilingi Kinabalu Park dengan kereta sahajalah.

 

    Kerana hujan semakin lebat, kami ambil keputusan untuk keluar sahaja. Dari sini kami singgah di Kundasang. Barulah aku dapat melihat suasana di Kundasang, aku rasa suasana di sini lebih kurang macam dekat Cameron Highland dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Kat sini cuaca sejuk dingin, udara segar, memang best. Kami singgah sekejap di gerai tepi jalan yang menjual sayur mayur, buah-buah dan bunga-bungaan. Isteri aku membeli sayur-mayur untuk di bawa balik ke Tawau, dan sempat juga dia membeli sejambak bunga Mawar yang berwarna merah. Time ni hujan renyai-renyai, memang sejuk.

 

    Selepas singgah di gerai tepi jalan ni, kami menuju ke puncak bukit, apa nama bukit tu aku tak ingat, tapi kat puncak bukit tu ada hotel, namanya Hotel Sejahtera kot, aku pun tak pasti, dan juga titi gantung. Dari sini aku mengambil gambar puas-puas. Udara di sini memang sejuk sangat tetapi kesegaran udara di sini juga memang best.

 

    Setelah puas meronda-ronda di sekitar puncak bukit ini, kami singgah sebentar di Masjid Jamek Kundasang. Cikgu Junaidi nak menunaikan solat zuhur tapi aku sebelum keluar tadi dah buat solat jamak taqdim qasar, jadi sementara menunggu Cikgu Junaide selesai menunaikan solat, aku pun apa lagi, ambillah gambar sebanyak mungkin, permandangan di sini berlatarbelakangkan gunung Kinabalu, suasana pemandangan bukit bukau yang menenangkan mata aku ini. Subhanallah.

 

Kundasang War Memorial.

 

Setelah selesai solat, kami pergi ke Kundasang War Memorial. Kawasan ni memang cantik. Ada taman dengan bermacam-macam pokok bunga dan bentuk bangunan yang klasik dan cantik. Mula-mula aku ingat tempat ni ialah tempat berperang atau tempat kubu pertahanan tentera. Rupa-rupanya tempat ni ialah tempat tentera British dan Australia kena tawan dengan tentera Jepun masa perang dunia ke dua. Dari catatan dari tempat informasi tu menyatakan bahawa tentera British dan Australia tu kena berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Cubalah ko bayangkan dari Sandakan dari Kundasang kalau naik bas ekspres jer memakan masa 8 jam perjalanan, agak-agaknya kalau jalan kaki berapa lama le nak sampai. Adalah lebih kurang 500 km diaorang ni berjalan kaki, dan ada yang mati dalam perjalanan tu.

    Dalam kawasan ini ada 4 area, area Australia Garden, British Garden, Borneo Garden dan tempat sudut pemandangan. Tempat-tempat ini ialah tempat para waris-waris memberi memberi penghormatan kepada askar-askar british dan australia yang terkorban. Askar-askar ini menjadi POW (Prisoner of War). Tempat laluan POW ni ada juga terdapat kat depan sekolah isteri aku , tapi aku tengok tempat tu dah jadi gereja kristian.

    

 

Balik ke Tawau.

 

Aku dan isteri aku balik ke Tawau dengan menaiki bas ekspres. He…nama bas tu Ali Topan, teringat pula aku kat Indon pernah ada drama yang berjudul Ali Topan. Perjalanan ini memakan masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Memang adventure beb. Dalam bas aku tak banyak buat apa, cuma duduk sambil ambil-ambil gambar. Nak makan minum, aku tengah puasa. Budak-budak dekat depan aku, tak puasa. Padahal aku rasa diaorang ni boleh tahan puasa sebabnya diaorang ni bukannya memandu pun.Hehehe…ambik rukshah.

    Perjalanan mengelilingi kaki gunung kinabalu memang memberikan pengalaman yang baru kepada aku. Dalam perjalanan ada juga aku ternampak papan tanda Perkampungan Cocos. Menurut cerita isteri aku, orang Cocos ni berasal dari Australia. Apa yang aku terbayang ialah mungkin orang Cocos ni adalah orang asli (aborigin) macam kat Australia atau Papua New Guineu.

    Aku tak tido selama perjalanan 8 jam ini, rugi rasanya kalau aku tido. Antara tempat yang lalu ialah Lohan, Matupang, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan banyak lagi perkampungan yang aku tak ingat namanya.

    Sekitar jam 1735 kami selamat sampai di Pekan Tawau. Kami berbuka puasa di Pekan Tawau. Sepatutnya kami boleh buka kat rumah Kak Long, tapi aku nak merasa buka puasa di luar. Kak Noor dan Abang Haris yang mengambil kami di Pekan Tawau dan menghantar kami ke rumah Kak Long.

    Selepas sampai di rumah Kak Long dan selepas menunaikan solat Jamak Qasar Takhir aku terus tertidur lena sampai sahur. Biasalah keletihan perjalanan 8 jam. Jauh tu…

 

Masuk ke Pulau Sebatik.

 

Dalam jam 9 pagi, kami ke Pekan Tawau dengan dihantar oleh Abang Jeri. Mula-mula kami singgah sebentar di kedai Irwan (biras aku). Alhamdulillah, kedainya aku nampak semakin ok. Jual barangan runcit.

    Selepas meletakkan barang di dalam bot. Kami pun berjalan-jalan di sekitar pekan kerana nak membeli beberapa barangan untuk hari raya. Lama juga kami meronda-ronda kat pekan tu, sehingga kami hampir ketinggalan bot. Alhamdulillah kami sempat juga mengejar bot tu dengan sampan kecil. Ni pun satu pengalaman yang menarik.

    Alhamdulillah, perjalanan bot yang memakan masa 1 jam 45 minit selamat sampai ke destinasi. Aku yakin pak dan mak mentua aku mesti tengah tidak sabar-sabar lagi nak bertemu dengan anak dan menantunya ini (aku le tu, hehe). Bila sampai di rumah pak mentua aku terus aku bersalaman dengan mereka, dan oleh kerana terlalu letih dalam perjalanan tadi aku pun mengambil kesempatan untuk tidur.

    Sekitar jam 6.15 di sini telah masuk waktu untuk berbuka puasa. Awal sedikit dari semenanjung. Lepas berbuka puasa, aku solat maghrib dan selepas isyak aku terus pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih.

 

Hari Kedua Di Sebatik 30 September 2008 Selasa.

 

    Hari ini tiada apa aktiviti yang aku lakukan, cuma berjalan-jalan di sekitar rumah dan akhirnya aku pun menjalankan aktiviti tidur. Nak jalan-jalan di sekitar pulau sebatik ni pun belum mampu lagi kerana tengah berpuasa.

    Dalam tengahari, cucu-cucu pak mentua aku yang lain dah sampai termasuklah kak noor dan abang haris, jadi meriahlah sedikit kat rumah. Berbuka puasa beramai-ramai. Malam ni dah takde terawih lagi dah, sebab esok dah nak raya, anak-anak saudara aku yang lain tengah sibuk bermain mercun, main bunga api. Aku pun lagi sibuklah mengambil gambar mereka ni.

    Kaum-kaum perempuan kat rumah ni sedang sibuk memasak untuk raya esok. Aku pun mengambil kesempatan melipat daun pisang untuk dibuat buras. Apa tu buras? Buras ni adalah sejenis makanan tradisi orang bugis yang berasal dari sulawesi. Buras ni lebih kurang macam nasi impit atau ketupat tapi ada sedikit perbezaan. Esok dah nak raya.

 

Hari ketiga Di sebatik. 1 Oktober.

 

Pagi ini kami solat hari raya pada jam 7.30 pagi, awal sedikit dari semenanjung. Selepas solat aku balik rumah dan terus rehat-rehat. Petangnya barulah aku pi berjalan-jalan raya. Paling jauh pi beraya kat sungai selipar, rumah datuk si irwan. Jauh juga, lebih kurang setengah jam naik motorsikal. Tapi best sebab dapat jalan-jalan.

 

2 Oktober.

Takde Idea…hehe

 

3 Oktober.

Pun sama..takde idea…

 

4 Oktober.

Takde Idea

 

5 Oktober. Keluar dari sebatik

 

6 Oktober. Pi jalan-jalan ke Semporna.

Memang best. Pi floating.


 

7 Oktober. Hari Nak Balik Semenanjung.

 

Aku menginap di rumah Kak Noor di Kampung Tanjung Batu Takalah, Tawau. Aku akan terbang pada jam 9 malam. Isteri aku sekarang ni stress nak mengemas barang-barang aku. Dia tak nak aku balik. Dia sayang sangat dengan aku bah…aku pun sayang kat dia tapi aku kena bekerja cari pendapatan kalau tak, tak berduitlah aku nanti. Sedih juga aku meninggalkan isteri aku ni, dia mestilah lagi sedih.


Tamatlah cerita Beraya Di Sabah.

    
 

    

One response to “Balik Raya Ke Sabah

  1. Ada sebut tentang perkampungan Cocos dalam artikel ini. Cocos memang sebuah pulau di Australia, tapi penduduk pulau itu ialah orang Melayu kerana lokasinya yang lebih dekat dengan Indonesia. Ketika Sabah di bawah BNBC, Orang Melayu Cocos mula dibawa masuk ke sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s