Saja nak menulis..

3 Oktober 2008 Hari Isnin Jam 2038.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan dan kemampuan kepada aku untuk menjalani kehidupan ini. Pagi tadi aku bermesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Klang, mesyuarat dan taklimat Program Kem Bestari Solat Perdana Daerah Klang Tahun 2008 yang akan di masjid dekat Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Utara. Aku nanti kena baca doa di majlis tersebut. Program tersebut akan diadakan pada tanggal 12 Oktober 2008, dekat-dekat nak cuti sekolah.

Aku sejak dari zuhur tadi asyik duduk depan komputer saja. Bukannya aku main game atau menonton cd, tapi aku tengah cari cara bagaimana nak boleh menulis tulisan jawi dalam Open Office ini. Dah lama jugalah aku memikirkan benda-benda ni, tapi masih tak dapat lagi, maklumlah aku ni pun bukannya berlatarbelakangkan IT. Aku studi dalam bab hukum (syariah). Sebenarnya aku pun tak tahu macamne aku boleh jadi minat tentang bab-bab komputer ni.

Ok, balik semula pada Open Office ni. Korang tau ke apa benda Open Office tu? Emm..mesti ada antara korang yang pernah dengar dan dah gunakannya. Aku pun masih baru lagi dalam dunia “sumber terbuka” ni. Kalau tentang Microsoft Office mesti korang dah terlalu arif sangat dah. Sejak dari mula kenal komputer sampailah ke sekarang ni boleh dikatakan hampir semua kita-kita ni membuat kerja-kerja pejabat, tugasan-tugasan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi dengan menggunakan perisian Microsoft Office ni.

Jadi, apa kena mengena antara Microsoft Office dengan Open Office ni. Perbezaan yang besar antara mereka ialah Microsoft kena beli bukan percuma, manakala Ooffice adalah percuma. Jadi atas dasar percuma inilah yang menyebabkan aku mula belajar menggunakan Open Office. Sebenarnya boleh dikatakan cara menggunakan Open Office dengan Microsoft ni tiada sangat yang berbeza, kalau siapa yang dah biasa guna Microsoft pasti tak susah nak gunakan Open Office. Cuma ada sedikit perbezaan.Guna try n error je, lama-lama pasti mahir.

Bila dah lama aku menggunakan benda ni, lama-lama barulah aku tahu, rupa-rupanya dalam dunia teknologi maklumat ni ada satu komuniti yang dipanggil komuniti “sumber terbuka atau open source”. Dan sumber terbuka ni boleh dikatakan semua perisiannya adalah percuma. Bukan untuk dikormesialkan. Mereka yang terlibat dengan sumber terbuka ni boleh dikatakan hebat-hebat dalam programer, budak-budak IT.

Sebenarnya banyak lagi tentang sumber terbuka ni yang aku masih belum faham sangat. Takpe, yang penting niat nak belajar mesti. Kadang-kadang tu aku terfikir juga, apa gunanya aku nak belajar tentang sumber terbuka ni? Apa faedah sumber terbuka ni? Adakah ianya dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara? Atau sekadar untuk suka-suka menunjukkan kemahiran yang masih sedikit orang mengetahuinya.

Entahlah, semoga Allah memberi pentunjuk kepada aku. Kalau benda ni baik dan bermanfaat untuk diri aku, agama aku, aku berharap Allah beri kemampuan kepada aku untuk mahir dalam sumber terbuka ni. Tapi kalau sebaliknya, sia-sia, buang masa, semoga Allah menjauhi benda ni dari aku. Aminnnnn….

Hoho…aku rasalah, nak kupas tentang dunia sumber terbuka ni pun boleh memakan waktu yang cukup panjang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s