Hari Ini Hari Ahad.

Setakat ini aku belum keluar ke mana-mana lagi. Aku cuma duduk di rumah saja, sebabnya aku tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk aku keluar kecuali ianya akan hanya mengurangkan petrol dalam tangki kereta aku.

Minggu depan adalah minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2008. Minggu depan jugalah antara minggu yang sibuk untuk aku. Isnin dan Selasa ada program Hari Konvokesyen Pra Sekolah dan Hari Kecemerlangan Kanak-kanak. Rabu, kena jadi fasilitator Kem Bestari Solat Peringkat Daerah Klang dan kena bawa 5 orang murid tahun 6 yang langsung tidak tahu solat yang akan dilaksanakan di masjid Sultan Sulaiman dekat Pelabuhan Utara. Petangnya pula aku akan pergi ke LCCT untuk mengambil isteri tercinta aku. Jumaat ada program Hi-Tea Guru & Staff Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2. Sabtu, pergi kenduri kahwin anak sepupu abah aku kat Tanjung Bidara Melaka.

18 dan 19 November ada program untuk Konvokesyen KPLI LPBS SR j-QAF Ambilan Januari 2007. Nak masuk konvo saja, kena bayar RM 100. Terbang 100 ringgit untuk konvo.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s