Cuti Sekolah..hoho.

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk berjalan, melihat dan mentafsir di atas muka bumi ciptaan Allah SWT. Dan aku masih diberi kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang makhlukNya, sebagai anak dan sebagai seorang suami.

Tugas sebagai makhlukNya telah aku lakukan dengan menunaikan solat fardhu subuh. Tugas sebagai anak pula, aku sentiasa menjaga nama baik kedua ibu bapaku. Manakala tugas seorang pula ialah pagi tadi aku menghantar isteri aku ke Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

Selepas sama-sama menunaikan solat subuh dengan isteri aku, kami bergerak ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kereta. Tepat jam 7.00 pagi lalu lintas di Pusat Bandar Diraja Klang sudah dipenuhi dengan bermacam-macam kenderaan. Aku terfikir, bagaimana jika tadi aku keluar dari Pulau Indah pada jam 7.00 pagi, sudah tentu kami akan mengelak kesesakan lalu lintas dan lewat sampai ke IPBMM.

Alhamdulillah, tepat jam 7.30 pagi kami selamat di IPBMM. Sebenarnya isteri aku sekarang ini sedang menjalani Kursus Dalam Cuti untuk guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), tahun depan isteri aku akan menjalani praktikum selama 12 minggu. Semalam dia cuti sehari dari kuliah kerana menghadiri majlis konvokesyen aku di Perbadanan Putrajaya. Aku sudah tamat kursus, cuma tinggal isteri aku saja lagi.

Selepas aku menghantar isteri aku ke institut perguruan, aku pulang semula ke rumah aku yang terletak di Pulau Indah. Apabila sampai saja di rumah, aku terasa sunyi, tidak tahu hendak buat apa, hendak tidur rasanya tidak sesuai, sebab orang kata tidur pagi-pagi tidak baik, kerana rezeki susah hendak datang, lagi nanti badan rasa lenguh-lenguh pula. Hendak menonton tv rasa tiada semangat, hendak basuh kereta cuaca sudah panas. Jadi, aku pun ambil komputer riba, hidupkan internet, tulis-tulis lalu memasukkannya ke dalam blog aku.

Apa yang aku fikirkan semasa menghantarkan isteri aku tadi? Aku terfikir bahawa orang Malaysia sekarang ini termasuklah aku, boleh dikatakan hampir semuanya mampu membeli kenderaan. Ini dibuktikan dengan terlalu banyaknya kenderaan yang dapat kita lihat di atas jalanraya. Ya memang betul, sekarang ini kemudahan pinjaman untuk membeli kenderaan boleh dikatakan mudah. Ada slip gaji 3 bulan, ada penjamin, kita dah boleh buat pinjaman dan beli kereta atau motosikal.

Selain itu, dalam fikiran aku sekarang ini tidak sehabis fikir tentang situasi yang melanda Malaysia sekarang ini, dari segi politik, ekonomi dan sosial. Bab sosial ini yang paling kritikal sekarang, pencuri dan penzina sudah ramai di Malaysia. Hukuman yang ada di sini bermacam-macam, hukuman gantung sampai mati, sebatan, penjara seumur hidup…tetapi kenapa jenayah dan maksiat masih terjadi? Ada kelemahankah dalam sistem kita ini? Macam mana pula dengan hukum Hudud?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s