Ba Alif Ba Ya…Bukit Selambau.

Baru-baru ini di Warta Perdana jam 8 malam ada melaporkan tentang cadangan kerajaan negeri Kedah yang ingin membina sebuah tempat penampungan khinzir di Bukit Selambau.

Apa yang menarik perhatian saya ialah betapa bersemangatnya laporan tersebut memberi laporan yang menentang pembinaan kandang khinzir tersebut. Sampaikan laporan-laporan yang diambil dari penduduk negeri Kedah yang sangat menentang tentang pembinaan tersebut yang khususnya datang dari penduduk Kedah yang beragama Islam, manakala pendapat dari penduduk Kedah yang berketurunan cina khususnya berpendapat 50-50.

Laporan yang bersemangat tersebut mungkin didasarkan kerana kerajaan negeri Kedah sekarang ini diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Dan mungkin juga laporan-laporann yang berat sebelah di media arus perdana ada tujuan politik tertentu.

Kadang saya terfikir, kenapa media arus perdana sekarang ini beriya-iya benar melaporkan berita tersebut, sedangkan perkara-perkara yang berkaitan halal haram bukan hanya tentang daging khinzir sahaja. Bagaimana pula dengan kilang-kilang membuat arak dan premis-premis menjual arak yang terdapat di bandar-bandar contohnya kilang arak di Shah Alam dan Petaling Jaya?

Jika kerajaan Malaysia sekarang ini betul-betul berniat ingin menegakkan ajaran Islam dan ketuanan Islam, maka seharusnya kerajaan bersemangat dalam menghapuskan semua tempat-tempat maksiat, seperti kasino besar yang terdapat di Genting Highland, pusat-pusat membeli nombor ekor, pusat pelacuran, pusat snuker dan banyak lagi.

Orang Melayu Islam memang terasa ngeri bila disebut tentang apa sahaja yang berkaitan dengan khinzir. Orang Melayu Islam memang sensitif bila disebut tentang khinzir atau babi. Rasa macam hendak termuntah bila sebut tentang daging khinzir.

Walaupun isu babi ini terlalu sensitif kepada orang Melayu Islam, tetapi sesetengahnya tidak sensitif dengan perkara-perkara maksiat lain. Walaupun tidak makan babi, ada orang Melayu Islam yang minum arak, beli nombor ekor, berzina, merempit, tidak solat, tidak puasa di bulan Ramadhan, tidak bayar zakat dan macam-macam lagi.

Adakah kerajaan tidak sensitif dengan pusat-pusat maksiat yang terdapat dengan banyak sekali terutamanya di bandar-bandar?

Saya berdoa, semoga Malaysia di masa suatu nanti Malaysia akan dipimpin oleh mereka yang betul-betul meminpin kerana Allah. Layaknya seperti Khalifah Ar Rashidin, Umar Abdul Aziz dan lain-lain lagi. Pemimpin yang menegakkan syariat Islam, mencegah maksiat yang semakin berleluasa walapun dengan cara beransur-ansur. InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s