Pasca Hukuman Pengebom Bali

Ketiga-tiga tertuduh yang dituduh terbabit dengan kes Bom Bali telah dijatuhi hukuman tembak oleh kerajaan Indonesia. Sewaktu kisah hukuman mereka banyak dikisahkan oleh media massa dalam media elektronik. Sebenarnya saya tidak ambil kisah sangat. Hanya Allah yang tahu tentang perkara yang sebenarnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Teringat sewaktu saya masih di Pekanbaru, Riau dahulu, dan kisah Bom Bali ini terjadi semasa saya masih menuntut di Indonesia. Seingat saya waktu itu saya berada di Pusat Pelajar Malaysia, sedang menonton sinetron. Tiba-tiba ada berita tergempar. Dalam berita tersebut saya melihat ramai orang kelam kabut dan berdarah-darah, lebih kurang macam kes histeria. Sementara dalam keadaan yang orang yang tengah kelam kabut tersebut saya dapati terdapat satu kebakaran yang amat dahsyat, api marak di sana sini. Saya pun hairan juga, apa yang sebenarnya telah berlaku?

Rupa-rupanya sebuah tempat hiburan telah diletupkan, letupan yang dahsyat. Pada esoknya berita memberitahu bahawa beberapa pusat hiburan telah diletupkan. Ramai yang mati ialah pelancong dari Australia, dan ada juga rakyat tempatan.

Selepas kejadian Bom Bali ini, maka bermula satu episod iaitu penangkapan terhadap teroris-teroris, yang kebanyakkan daripada orang Islam. Timbullah nama Jemaah Islamiyah, Abu Sayyaf, Al-Qaeda Asia dan bermacam-macam lagi nama yang dikaitkan dengan Islam Fundamental. Kesimpulannya semuanya menuju kepada maksud bahawa penganut Islam itu ekstrem.

Selepas berlakunya pengeboman ini, saya ada membeli sebuah buku kecil yang berjudul “Urgensi Jihad Teknologi” (insya Allah akan saya ulas buku ini) yang dikarang oleh seorang aktivis Islam yang pakar dalam bidang nuklear di Indonesia.

Menurut pengarang tersebut, jika melihat dari keadaan kawasan letupan menunjukkan bahawa bom yang digunakan bukanlah sembarangan bom, bukan setaraf bom ikan. Tetapi bom tersebut dijeniskan dalam kategori bom “mikro nuklear”. Sejenis bom kecil yang boleh menghasilkan kekuatan letupan yang tidak terduga impaknya. Kemungkinan bom ini dikenal sebagai Si Four. Menurut pengarang itu lagi, hanya negara-negara maju seperti AS, UK, Rusia dan sebagainya sahaja yang mampu membiayai dan mempunyai teknologi untuk membuat Si Four ini.

Manakala bagi negara-negara membangun seperti Malaysia, Indonesia dan yang sewaktu dengannya yang mempunyai izin untuk memiliki Si Four ini hanya kerajaan dan pasukan keselamatan seperti angkatan tentera dan polis sahaja. Jadi menurut pengarang tersebut, dari manakah mereka (bom bali) mempunyai akses untuk memperolehi Si Four tersebut. Siapakah dalang sebenarnya di sebalik semuanya ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Wallahua’alam.

Yang menariknya, berita telah menayangkan dalam beberapa saat video yang diambil dari handycam yang terselamat. Video tersebut merupakan rakaman dalam sebuah pusat hiburan tempat berlakunya letupan tersebut. Agak-agaknya, anda rasa apa yang ada dalam video tersebut? Video tersebut menayangkan keadaan sebuah kelab malam yang penuh dengan manusia yang tengah minum-minum dan yang hebat sekali ada perempuan sedang menari ala “taiger show”.

Makanya, renung-renungkanlah….

“Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,Saya budak baru belajar,Kalau saya salah tolong tunjukkan”.

p/s: ini semata-mata dari pandangan saya sendiri, menafsirkan apa yang dilihat. Belum tentu benar atau salah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s