Keganasan Di Mumbai.

mumbaidiserangBaru-baru ini media massa melaporkan kejadian keganasan yang berlaku di Mumbai. Menurut sumber dari Berita Harian Online dan Utusan Online, kejadian tersebut berlaku di dua buah hotel, stesen keretapi, hospital dan beberapa tempat pelancongan yang lain yang meragut beberapa nyawa dan beberapa orang telah menjadi tebusan. Untuk maklumat lanjut boleh dibaca di Berita Harian dan akhbar-akhbar yang lain.

Apa yang menarik perhatian saya ialah keganasan tersebut telah dikaitkan dengan kumpulan militan Islam. Ya, boleh dikatakan hampir semua kejadian keganasan yang berlaku sejak akhir-akhir ini melibatkan orang Islam. Betul atau tidak, saya tidak pasti. Kerana di syariat Islam ada norma-norma tertentu yang harus dipatuhi terutama dalam perkara-perkara yang melibatkan nyawa seseorang.

Islam tidak menggalakkan umatnya menumpahkan darah atau membunuh seseorang, sedangkan dalam hukum hudud yang melibatkan nyawa seseorang bukan sewenang-wenangnya untuk dilaksanakan, kerana Rasululllah SAW telah memerintahkan apabila sahaja terdapat kesamaran bukti dalam perlaksanaan hukum hudud maka hukuman tersebut tidak boleh dilaksanakan. Apatah lagi membunuh tanpa sebab adalah sangat-sangat tidak dibenarkan.

Antara kejadian-kejadian yang keganasan yang melibatkan keganasan oleh Islam antaranya ialah Tragedi 11 September, Bom Bali, dan sebagainya, telah diberikan perhatian yang lebih oleh negara-negara kuasa besar seperti AS dan sekutu-sekutunya. Mereka beriya-iya untuk menjadi polis dunia, yang kononnya ingin memberantas keganasan. Tetapi apabila kejadian seperti pembantaian umat Islam seperti di Palestin, Bosnia, Selatan Thailand, Aceh atau di mana-mana sahaja, mereka seperti sambil lewa sahaja. Mereka berat sebelah.

Walau apa pun yang berlaku, Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran, bahawa kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali, tidak akan sekali-kali redha dengan Islam, sehingga umat Islam sendiri yang mengikut cara-cara mereka. Walaupun macamana baik sekali pun mereka, mereka tidak akan redha dengan Islam. Kebencian terhadap Islam iaitu konsep bahawa “Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH SWT, dan Nabi Muhammad SAW itu adalah Pesuruh Allah” sudah menebal dan sebati dalam hati mereka, kecuali di kalangan mereka beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar Iman.

Sebenarnya dalam hal ini, saya merasakan bahawa kita jangan hanya melihat penindasan yang dilakukan oleh orang bukan Islam terhadap Islam. Tetapi kita juga harus merenung bagaimana keadaan Umat Islam sekarang ini. Kita juga merenung kenapa umat Islam diberlakukan sebegitu, orang-orang yang tidak beriman tidak hormat kepada Islam. Kenapa? Itulah yang mesti kita renungkan.

Umat Islam sekarang ini berada dalam keadaan yang bercelaru, kebanyakkan umat Islam hanya mempunyai nama Islam tetapi tidak mempunyai identiti sebagai seorang Islam. Kebanyakan daripada kita hanya mementingkan diri sendiri, tidak mempunyai semangat persaudaraan yang kukuh. Menggunakan Islam untuk mengaut keuntungan dan sebagainya.

Kita kita renungkan, di mana sahaja umat Islam tidak bersatu dalam menjalankan dakwah, tidak bersatu dalam menggambarkan bagaimana Islam itu sebenarnya. Tetapi umat Islam ini sekarang ini yang banyak melakukan maksiat seperti berzina, berjudi, minum arak dan bermacam-macam lagi.

Disebabkan kita sekarang banyak sangat yang melakukan kemungkaran, maka sewajarnyalah ALLAH SWT menurunkan bala ini kepada umat Islam, Allah SWT telah menghilangkan rasa gerun dan rasa hormat terhadap umat Islam, kerana Umat Islam sendiri yang kufur dengan nikmat Allah SWT.

Jadi, kita renungkanlah, bertafakurlah, bermuhasabahlah. Semoga kita akan kembali menjadi orang yang dihormati, bukan ditakuti. Wahai umat Islam, kembalilah ke pangkal jalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s