Bumi Ini Sudah Semakin Tua…

Apabila tibanya Sambutan Isra’ Mi’raj, hampir semua masjid dan surau-surau melaksanakan majlis ceramah berkaitan peristiwa Isra’ Mi’raj. Dan boleh dikatakan hampir dari kita semua sudah pernah mendengar kisah-kisah dalam peristiwa tersebut iaitu kisah pengembaraan Rasululah SAW dari Mekah ke Palestin seterusnya dari langit pertama hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).

Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang kisah di mana Rasulullah SAW telah melihat seorang wanita tua yang sudah bongkok ditopang tongkat. Lalu Rasululllah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril AS, lalu Jibril memberitahu bahawa wanita tua bongkok tersebut adalah gambaran kepada umur dunia,umur dunia.

Jika pada waktu Rasulullah SAW umur dunia digambarkan sebagai seorang wanita tua renta, apatah lagi pada waktu kita sekarang ini. Jarak yang memisahkan antara kita dengan zaman Rasulullah SAW boleh dianggarkan kurang lebih 1429 tahun. Cubalah kita bayangkan, agak-agaknya bagaimanakah keadaan wanita tua renta yang digambarkan sebagai umur dunia tersebut. Mungkin wanita tua tersebut sudah terlantar baring, lumpuh tidak mampu untuk bergerak. Mungkin juga dalam keadaan nazak. Mugkin…mungkin…

Andaikata umur dunia kita sekarang diibaratkan wanita tua yang terlantar nazak, maka dunia kita sekarang semakin menuju ke penghujungnya. Janji Allah SWT tentang Hari Kiamat pasti akan tiba jua, cuma kita sahaja yang tidak tahu bilakah ianya akan berlaku. Wallahu’alam.

Mungkin ada juga kebenarannya bahawa dunia ini sudah semakin tua. Kita ambil contoh tentang bencana alam yang berlaku dengan kerap sejak-sejak akhir ini, seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya. Itu belum lagi kita ambil contoh kerosakan-kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri seperti pencemaran alam sekitar, penebangan hutan tanpa kawalan, pentarahan bukit-bukit tanpa kawalan, kerosakan-kerosakan akibat peperangan dan sebagainya.

Dunia sekarang ini penuh dengan kacau bilau. Maksiat merata-rata tanpa kawalan. Melakukan maksiat sekarang dianggap sebagai kebanggaan. Manusia sudah hampir melencong dari tugas yang sebenarnya. Kita sudah tidak memakmurkan bumi ini sebagaimana Allah SWT telah melantik kita dengan tujuan memakmurkan bumi ini dengan berdasarkan syariatnya. Di mana-mana sahaja ada sahaja segolongan manusia tanpa rasa bersalah bermaksiat, berzina, minum arak, berjudi tanpa rasa takut dengan azab Allah SWT.

Cuba kita renungkan, kenapa keadaan begini boleh berlaku? Apakah rasa keimanan kepada Allah SWT yang ESA sudah berkurangan atau hilang terus? Atau kebanyakan umat Islam sekarang iniyang hanya ramai nama sahaja yang Islam tetapi ilmu-ilmu tentang syariat tiada? Jika begitu, mungkikah ada kekurang dalam sistem pendidikan di negara kita yang sehingga kini belum mampu dijadikan salah satu lapangan medan berdakwah?

Nampaknya, tugas para pendidik, pendakwah, seluruh umat Islam untuk berdakwah menerangkan tentang Islam dan mengajak beriman kepada Allah SWT semakin mencabar dan berat sekali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s