Sesi Persekolahan 1430/2009

Alhamdulillah, cuaca hari ini baik sekali, walaupun di Pulau Indah ini tengah hujan, cuaca mendung, keadaan begini membuatkan aku rasa tenang bercampur sedih. Sedih kerana berpisah seketika dengan isteri aku yang tersayang dan tercinta.huhu.
Pagi tadi aku hantar isteri aku ke LCCT. Gerak dari Pulau Indah lebih kurang jam 0630. Alhamdulillah penerbangan isteri aku pada jam 1030.
Balik dari LCCT aku terus ke sekolah aku tempat aku mengajar iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 yang terletak di Bandar Armada Putra. Tujuan aku ke situ adalah untuk mengambil buku panduan rancangan pengajaran aku,nak tulis dalam RPH.
Mula dari minggu pertama nanti sehinggalah sukan tahunan tugas aku akan sibuk kerana aku jadi setiausaha koko dan sukan. Minggu pertama sahaja sudah ada mesyuarat berkenaan acara merentas desa peringkat sekolah dan peringkat daerah. Itu belum lagi melibatkan acara berkaitan MSSD. Alhamdulillah, seorang pelajar kami iaitu si Amin telah berjaya memasuki sekolah projek bolasepak selangor, hasrat ayahnya untuk mengikuti jejak langkah abangnya telah kesampaian.
Dan aku berharap pasukan bolasepak sekolah aku akan mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.
Apa yang penting? Aku cinta dan sayang kat isteri aku iaitu Nur Amirah Atiqah yang mengajar di SMAIN Al-Irsyadiah, Marakau, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s