Cuba bayangkan…

Cuba bayangkan jika kerajaan bukan setakat hantar bantuan kemanusiaan sahaja tetapi menghantar juga bantuan ketenteraan untuk mempertahankan bumi Palestin dari negara haram Israel?

Agak-agaknya berani ke Malaysia buat macam tu? Macamne nak hantar? Senjata Israel canggih2 belaka, silap2 tentera kita mati katak le nanti…tau takpe.

Macamne nak buat pertahanan yang kuat kalau kita belum kuat dari segi ekonomi? Kita umat Islam sekarang ini, nak bersatu padu pun belum tentu, ekonomi pun masih ditahap yang sedih…Amerika, Israel termasuklah geng2 mereka jadi kuat sekarang ini kerana menguasai ekonomi dunia, mereka menguasai ekonomi dengan riba. Negara Islam yang buat pinjaman IMF ditekan dengan sistem riba…siang malam kerja keras, baru dapat bayar bunga faedah je.

Jadi untuk melemahkan mereka2 ini, salah satu cara dengan memboikot. Tapi boikot ini sebenarnya bersifat sementara je. Lama2 nanti dah tak boikot dah.

Bagi aku, yang patut mula2 sekali buat boikot ialah pihak kerajaan sendiri. Lepas tu barulah rakyat boleh ikut. Buat rakyat buat boikot beriya-iya, buat demonstrasi…tapi kerajaan masih juga tak boikot untuk diri sendiri? Sanggup ke kerajaan memboikot penggunaan US doler?

Cuba kita lihat pada kebanyakkan negara Islam,macamne situasi mereka sekarang ini?Renungkanlah sendiri. Lagi-lagilah negara2 arab yang berjiran dekat dengan Palestin,apa yang mereka buat?!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s