Nak membebel sebentar…hihi

Sejak akhir-akhir ini alam dunia dilanda dengan bermacam-macam peristiwa. Dan bagi aku peristiwa-peristiwa yang terjadi kadang-kadang membuatkan kepala
aku jadi “bengong”. Pasal minyak naik, barang naik, tarif itu ini pun naik, kempen sana kempen sini, bunuh sana bunuh sini, rompak, rogol, berzina, minum arak, buang anak, buat anak cara tak sah, perang sini sana dan banyak hal-hal yang boleh buat kita pening kepala.

Dulu-dulu, kalau ada saja bom-bom yang kena tuduh teroris ialah orang Islam. Orang Islam sekarang ini dianggap teroris. Salah siapa sebenarnya ini? Salah kita ke atau salah orang lain?

Tapi kalau yang bukan Islam buat hal dengan orang Islam,diaorang macam buat tak kisah je…lantaklah apa nak jadi.

Yang menjadi berita terkini di media massa sekarang ini ialah kisah penyerangan negara haram Yahudi Israel ke atas Palestin. Yang jadi mangsa ialah orang awam yang dah lama hidup merana, tak cukup makan, tak cukup tidur.

Yang peliknya di Palestin itu sendiri terdapat 2 kelompok yang macam tak boleh nak sekepala iaitu puak Hamas dengan puak Fatah. Apa benda ni? Fatah ni pun satu hal, boleh pula cari pasal tak nak sekepala dengan Hamas. Yang dalam negeri pun tak mampu nak bersatu, apatah lagi kita-kita duk jauh dari sana tu.

Nak tahu kenapa negara haram Israel tu berani sangat buat hal kat Palestin? Sebabnya kerana kita sendiri, kita yang berakidahkan Islam. Nama saja Islam tetapi
kita hidup sendiri-sendiri, kita masih belum bersatu. Kita masih bercerai berai roboh bagai kota Melaka.huhu…

Obama apa cerita? Dah jadi presiden pun masih belum dapat menentukan pendirian beliau. Masih takut-takut lagi kot?

Apa ada dengan Amerika tu? Kuat sangat ke? Dia kuat sebab kita ni belum bersatu. Kita masih bercerai…cerai talak satu..hehe..

Pak Sheikh tokey minyak kat arab tu apa cerita? Tak pegi tolong orang palestin ke? Kalau diorang pun malas nak tolong..tolong tengok jer…apatah lagi kita
yang jauh…

Cuba ko bayangkan…negara haram Israel punyalah kecik seciput jer…lepas tu dikelilingi oleh negara-negara arab…tetapi Israel laknat macam tak takut jer..
pelik betul…

Di samping hantar duit, hantar bantuan perubatan, hantar makanan….bagi aku lebih baik hantar bantuan tentera sekali…biar tentera Muslimin mempertahankan baitul maqdis…hantar jeneral yang berjiwa seperti Umar al-Khatab atau Salahuddin al-Ayubi ke palestin untuk mempertahankannya…

Mana perginya tentera pengaman PBB? Kenapa tak hantar? Cuba kita hantar MALBATT ke sana , kan best…tentera dari Malaysia tolong mempertahankan rakyat palestin dari serangan negara haram jadah Palestin..huhu.

Palestin, Palestin juga…kempen-kempen juga…Ya Allah, engkau kurniakanlah kepada Kuala Terengganu seorang wakil rakyat yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Leave a comment