Tangan-tangan tersembunyi…

Awal tahun ni saja dah banyak perkara-perkara yang boleh dianggap dalam sejarah berlaku.

Mula-mula krisis kegawatan ekonomi yang menyebabkan manusia-manusia kapitalis tak senang duduk dibuatnya. Nak pikir pasal ekonomi boleh buat aku jadi pening sedikit sebab aku belum jadi pakar dalam ekonomi samada mikro atau makro. Cuma yang aku tahu, langit tak sentiasanya cerah…ekonomi pun begitu juga, ia tak sentiasa untung saja, adakalanya rugi juga.

Lepas tu, timbul pula isu serangan Palestin kat Gaza tu. Yang buat aku pening ialah isu palestin bukannya berlaku semalam, tapi dah berlaku bertahun-tahun lamanya. Kenapa sekarang kerajaan kita baru nak beriya-iya pasal palestin ni? Nak tolong palestin tapi tak iktiraf Hamas sebagai pemimpin. Dabel stended betullah kita ni. Kat sebelah palestin tu punyalah banyak pak-pak arab tapi sekor pun takde yang nak bantu. Apa semuanya ni?

Yang mutakhir ni pula kisah lompat2 katak. Perak sekarang ni macam dah ada 2 MB. Mana satu yang betul ni? Yang penting aku harap yang Islam jadi ketua. Kerana aku yakin jika betul2 Islam yang memimpin, rakyat miskin macam aku akan terbela dan terlindung.

Kadang tu ada aku terpikir juga, semua yang berlaku ini ada manusia yang merancang ke? Allah SWT memang MAHA PERANCANG. Tapi maksud aku ialah ada ke orang membuat perancangan ini demi kepentingan dia.

Apa sebenarnya yang berlaku di sebalik peristiwa ini? Sapa yang benar, sapa yang salah?

Apakah ada tangan2 tersembunyi di sebalik semua ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s