Hari ini hari Sabtu…

Assalamualaikum warahmatullah…..apa kabar semua? Sihat ke? Rasa2nya macam dah lama saya tak menulis dalam blog saya ini. Maklumlah, kerja2 di sekolah tempat saya mengajar sekarang ni boleh dikata banyak juga. Dari gerak kerja ko kurikulum, sampailah kepada program2 yang melibatkan panitia Agama Islam semuanya aku terlibat, tu belum kira lagi kerja2 program j-QAF.

Dari awal bulan 2 aku menguruskan pasukan bola sepak sekolah aku,mula2 tu pening juga aku nak urus budak2 ni, maklumlah nak urus budak sekolah rendah ni boleh tahan juga dia punya tekanan ni. Cakap sekali tak dengar, dah kena marah baru nak ikut, itu pun 5 minit je, lepas tu buat lagi. Lepas cuti sekolah nanti, ada tempoh seminggu lagi pertandingan bola sepak (rendah) daerah klang. Aku target menang daerah klang.hehehe….insya Allah. Lepas je pertandingan bola ni terus aku nak buat padang olahraga kat sekolah aku.kat sini cikgu laki 6 orang jer….selalunya aku sorang2 je lah yang kena buat.  Isteri pula jauh berada di Sabah tetapi dekat dihati…Ya Allah.

Cuaca kat luar sekarang ni mendung jer dari pagi tadi. Hujan sekejap je. Aku rasa kat luar sekarang macam2 peristiwa sedang berlaku…macam macam ada. Ada yang tengah tulis blog, ada yang dengar radio, tengok tv, dan kat KL pula tengah ada perarakan beramai2 untuk minta kerajaan mansuhkan PPSMI. Ntahlah…aku pening juga bila pikir ni.

Teringat pula sewaktu aku ambil temuduga untuk jadi cikgu di sebuah maktab guru di cheras. Penemuduga tu ada tanya aku tentang PPSMI ni. Aku pun apa lagi, sebab takut gagal dalam temuduga tu, aku katalah yang aku menyokong penuh PPSMI. Tetapi yang peliknya si penemuduga tersebut macam marah pulak kat aku, bila aku kata yang aku sokong PPSMI. Ntahlah….apa yang aku tahu, sekarang ni aku berpikir dan bermimpi dalam bahasa Melayu…tak pernah pikir dan mimpi dalam bahasa lain.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s