Hari Ini Hari Isnin

Cuti 2 hari sabtu dan ahad kadang2 membuat aku ni jadi tak sedap hati nak kerja pada hari Isnin. Maklumlah 2 hari cuti, bila nak start keje je, mulalah rasa tension.
Hari ini hari Isnin, hari pertama dalam seminggu aku dan murid-murid memulakan pengajaran dan pembelajaran (p&p). Pada setiap hari Isnin, boleh dikatakan semua sekolah buat perhimpunan. Masa perhimpunan tersebut, guru2 betugas akan berucap, termasuklah para pentadbir.
Selalunya inti ucapan guru2 ialah, dapatkan 5A dalam UPSR, jangan langgar disiplin, jgn bising dlm kelas, jangan itu jangan ini. Yang lawaknya kita ni asyik suruh budak2 belajar rajin2 sampai dapat 5A, tapi kita sendiri pun tak dapat 5A. Lagi satu, kita asyik suruh murid belajar sahaja, tapi kita mesti ingat untuk berjaya dalam akedemik dan ko-kurikulum banyak hal yang mesti kita lakukan. Contohnya dari segi pemakanan, keadaan sekeliling. Sepatutnya kalau sekolah nak sangat budak2 dapat 5A, sekolah kena jaga bab pemakanan murid2 ni, kena pantau makcik kantin masak apa? adakah makanan tu berkhasiat atau tidak? Lepas tu kita guru2 ni dibebankan dengan bermacam2 tugasan dari buat kertas soalan, buat data itu ini,buat kertas kerja itu ini, jadi ketua panitia, jadi setiausaha itu ini…dan mengajar pula murid2 sekolah…memang ini merupakan satu cabaran yang mantap untuk aku… yang penting tanggungjawab yang diberi pada aku insyaAllah aku buat dengan sehabis baik.
Dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa, aku nak tune anak murid aku jadi pemimpin yang baik, yang tak rasuah, dsb.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s