Kursus Tahsin Qiraat Al-Quran

Alhamdulillah. Aku dan kawan-kawan yang lain selamat sampai ke rumah masing-masing. Aku sampai di Pulau Indah lebih kurang pada jam 1800, memang boleh letih yang aku alami ini. Tetapi rasa keletihan itu telah digembirakan dengan kedatangan isteri aku yang tercinta pada hari Jumaat ini, Alhamdulillah.

Sebenarnya kat sini aku nak menceritakan pengalaman aku yang tak seberapa ini ketika menghadiri Kursus Tahsin Al-Quran Guru2 j-QAF Peringkat Negeri Selangor. Kalau kamu semua nak tahu, masa aku dapat aku memang rasa bersyukuru sangat kerana tersenarai untuk mengikuti kursus ini, maklumlah aku ini bukannya pakar sangat dalam bab qiraat Al-Quran sekadar sikit2 saja bolehlah.

Kursus ini diadakan di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut, Perak. Perjalanan dari Pulau Indah, Pelabuhan Klang ke Teluk Batik memakan masa lebih kurang 3 hingga 4 jam perjalanan, memang letih tapi aku memang teruja nak ke sana sambil2 melupakan sekejap tekanan tugasan di sekolah.

Aku ke sana bersama dengan beberapa orang guru j-QAF, iaitu Mad, Najib, Mazlan dan Din, kami semua dulunya sama2 belajar di Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur, nampaknya sambil menghadiri kursus sambil berjumpa dengan kawan2 semaktab yang sudah hampir setahun tak berjumpa.

Kursus ni diadakan dari tanggal 24 sehingga 27 Mei 2009 (Ahad hingga Rabu). Bagi orang macam aku yang tak pakar sangat dalam bentuk qiraat Al-Quran ni, modul2 yang diberikan memang sangat2 memberikan ilmu yang sangat bermanfaat. Antaranya ialah bagaimana cara kita hendak menyebut huruf2 hija’iyah dengan makhraj yang betul mengikut lahjah orang arab, cara bagaimana membaca Mashaf Rasm Uthmani dengan betul, mengasah semula tentang tajwid dan tarannum.

Hehe…nak tahu tak, bila ada time free kitaorang buat apa? Apa lagi, kami semua satu bilik mandi2 kat kolam renanglah dan jalan2 melawat Pekan Lumut beli satay ikan.

Aku tak takde idea nak tulis apa dah. Kat sini aku lampirkan sekali untuk kenangan dan tatapan para penonton atau pemirsa di luar sana. Gambar2 ni aku ambil pakai henpon soni eriksen aku iaitu K530i.

Yang penting bila aku dah abis menghadiri kursus ini , aku rasa seperti aku ini masih banyak kekurangan, dan aku yakin aku tidak akan mampu menutup kekurangan2 aku ini kecuali sedikit kerana tiada manusia yang sempurna kecuali Allah SWT. Cuma aku berharap sangat semoga kekurangan2 yang ada pada aku ni dapat diberi penambahbaikan untuk aku menjadi seorang orang yang Berjaya di dunia akhirat, menjadi seorang suami dan bakal ayah yang baik, menjadi anak yang baik dan menjadi seorang cikgu yang baik walaupun kadang2 aku jadi tak baik.hehe.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s