Parti Komunis Malaya

Alahai…sekarang kat media massa, sibuk pula tengah bincang nak bawa balik si chin peng ke sini atau tidak? Setakat ni yang dapat aku dengar dalam media massa, ramai yang tidak setuju nak bawa balik chin peng ke sini, terutama mereka yang pernah terlibat dengan keganasan oleh pihak komunis Malaya. Yang aku peliknya, kenapa time dulu2 taknak ditimbulkan hal macam ni, kenapa baru sekarang nak ditimbulkan? Aku rasa pun si chin peng ni dah tua kerepot dah, mungkin dah tak larat nak angkat parang lagi dah.

Apa dia komunis? Yang aku faham pasal komunis ini ialah satu idea yang mengatakan bahawa semuanya mesti sama rata, tak kisah le ngko ni keje apa,doktor?loyer?majestrit? gaji koghang tetap sama. Lagi satu, diaorang kata komunis ni jenis mengaku takde tuhan, diaorang kata tuhan ni takde.maknanya fahaman komunis ni mengatakan bahawa semua orang mesti mendapat hasil yang sama rata, yang selebihnya adalah hak milik kerajaan.

Aku pun tak pasti, macamne fahaman komunis ni boleh masuk ke Malaya, sama macam tak pastinya aku bagaimana fahaman kapitalis, syiah, free sex, rasuah, rempit boleh masuk ke Malaya? Bila sebuat komunis je, kita akan terbayang muka mata sepet, dulu aku ingat komunis ni orang2 cina jer, tapi bila dah besar ni baru aku tau terdapat juga orang melayu dan india. Dan aku dah baca beberapa buku tentang pengalaman orang kita yang pernah terlibat dengan gerakan komunis ni iaitu MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: DARI AWAS KE REJIMEN KE-10 dan ABU SAMAH MOHD KASSIM: PEJUANG KIRI KEMERDEKAAN ZURIAT DATUK BAHAMAN. Bila aku membacanya sedikit sebanyak aku dapat memahami keadaan situasi dan kondisi. Dan apa yang dapat aku fikirkan ialah semua manusia ini sama sahaja, cuma sama ada kita takwa kepada Allah atau tidak.

Yang kelakarnya, kita langsung taknak beri dia balik kerana kesan2 kekejaman yang telah dilakukan olehnya, tapi diwaktu yang sama kita terlupa atau sengaja lupa tentang kekejaman pihak penjajah kita seperti British dan Jepun. Jika kita nak samakan dengan kes chin peng atau komunis ini, sepatutnya kita pun jangan gunakan produk dari England atau Jepun. Sekarang ni kita terlalu bangga menjadi ahli komawel atau fanatik MU tapi kita lupa negara merekalah yang telah memnjajah Malaya, membuang sultan2 malaya, menghukum mati para pejuang2 tanah Malaya. Untuk jepun pula, berapa orang dari moyang2 kita yamg telah menjadi buruh paksa, kena minium air sabun, kena potong kepara, kena rogol, jadi pelacur dsb. Tetapi kita pula bangga menggunakan barangan buatan jepun, siapa yang tak bangga kalau dapat pakai EVO 10, Honda, Subaru dsb. Ni lah yang lawaknya.HEJHEHE….

Lagi satu, Komunis tak boleh, Kapitalis boleh… Islam hanya boleh pasal bab nikah kawin jer. Hehehe lu renungkanlah sendiri…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s