Tanggungjawab guru-guru Muslim di Malaysia.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah memberi kepada kita di dalam nikmat Islam, beragama Islam, bernama sebagai orang Islam, dan yang penting ditunjukkan kepada kita bagaimana cara yang betul menyembah Allah SWT, Tuhan Sekelian Alam.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru walaupun tanggal 16 Mei sudah lama berlalu. Bak kata orang, guru ibarat lilin yang membakar dirinya sendiri untuk orang lain. Guru yang sejati adalah setiap insan di atas muka bumi ini yang redho berkorban untuk orang lain, yang ikhlas memberikan ilmunya kepada sesiapa sahaja. Guru yang sejati yang paling aku hormati ialah abah dan mak aku. Merekalah yang telah berkorban untuk aku dan adik-adik aku, mereka berkorban dari fizikal, mental dan kewangan untuk membesarkan kami menjadi orang yang baik, kreatif, inovatif, berilmu, punya masa depan yang cerah dan yang paling, mereka inginkan kami menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Guru-guru yang sejati in termasuklah para guru aku yang telah mendidik aku menjadi seorang yang tidak tahu apa-apa kepada seorang tahu, termasuk juga kepada sesiapa sahaja yang sudi mengajar dan berkongsi pengalaman dengan aku. Subhanallah. Wahai Isteriku, engkaulah adalah salah seorang guru sejatiku, kerana sayanglah yang banyak membimbing abang untuk menjadi seorang suami yang berjaya di dunia dan di akhirat. Subhanallah.

Sesungguh sekarang ini kita hidup di dalam zaman yang penuh dengan cubaan, penuh cabaran, penuh tantangan dan bermacam-macam lagi. Itulah janji Allah SWT, selagi kita hidup di atas muka bumi ini, selagi itulah kita dicuba dan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai cara. Adakah kita mampu menghadapinya? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh manusia yang paling nyata. Adakah kita mampu mengelak dari tipu daya syaitan ini, tanpa bantuan dari Allah SWT? Dan kita tahu bahawa syaitan terdiri dari jin dan manusia.

Setiap detik kita sentiasa terdedah kepada perkara yang baik atau yang tak baik. Tetapi yang malangnya kita cenderung untuk terdedah kepada perkara-perkara yang tak baik.Perkara yang tidak baik yang paling senang kita terdedah ialah tidak menyempurnakan pelaksanaan solat dengan sempurna. Dalam bab solat inilah kita paling banyak diganggu oleh para syaitan, kerana SESUNGGUHNYA SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA, SIAPA YANG TAK SOLAT IBARAT MERUNTUHKAN AGAMANYA.

Cuba kita lihat di media massa samada majalah, tv atau apa-apa saja, pasti orang Islam akan menjadi sesak nafas bila melihat keadaan masyarakat kita sekarang ini. Kita jadi sesak kepala bila memikirkan penyakit-penyakit sosial dan ketidakfahaman masyarakat kita terhadap syariat Islam yang betul. Cuba kita fikirkan masalah penyakit sosial seperti berlumba-lumba di tengah kesesakan lalu lintas, rogol, minum arak, tikam judi (TOTO, MAGNUM), bunuh-bunuhan, tak jaga pakaian, tak jaga gaya kehidupan dan macam2-macam lagi. Bila memikirkan benda-benda ni kita boleh jadi pening. Bilalah dalam masyarakat kita ini nak lahir seorang manusia berani menegakkan kebaikan dan meruntuhkan kejahatan?

Jadi disebabkan inilah, tugas para guru tak kira siapa pun untuk membentuk semula masyarakat kita, melahirkan sebuah masyarakat yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Tugas ini bermula dari ibu bapa itu sendiri. Ibu bapalah yang menjadi guru yang pertama sekali, ibu bapalah yang mencorakkan pembentukkan sahsiah anak-anak mereka. Tugas ibu bapa untuk mendidik bukanlah bermula dari mulanya kelahiran tetapi sudah bermula lagi sejak adanya kandungan. Sejak itulah para ibu bapa boleh mendidik kandungan mereka dengan mengamalkan amalan Islam dan gaya hidup yang sihat.

Walau anak-anak sudah bersekolah, ibu bapa tetap menjadi guru yang paling utama untuk anak-anak mereka, ibu bapa menjadi contoh tetapi janganlah terlalu memanjakan anak-anak mereka. Guru di sekolah hanya mampu memberikan ilmu dan sedikit didikan seperti contoh akhlak. Dan ini bukan hanya terletak pada bahu guru pendidikan islam tetapi semua guru yang beragama Islam. Wahai orang yang beriman, marilah kita sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang baik dengan melahir anak-anak yang soleh dan solehah, berilmu pengetahuan dari syariat Islam dan duniawi. InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s