Aktiviti semasa cuti sekolah

Alhamdulillah, aku baru saja siap menyemak kertas ujian pertengahan penggal. Memanglah ada sedikit tekanan, lebih2 lagi ketika musim cuti sekolah. Masa2 beginilah bagi kami para guru untuk berehat dengan secukup2nya untuk menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelma nanti yang sudah pasti banyak tugasan yang bakal menanti.
Biarlah orang lain mengatakan bahawa profesion guru ini adalah sejenis kerjaya yang paling senang sekali, dengan waktu mengajar sekitar hanya 5 hingga 6 jam saja, lepas tu cuti pun banyak, cuti akhir atahun persekolahan saja memakan masa selama 1 bulan. Tetapi hanya mereka yang terlibat dengan kerjaya guru dan mempunyai komitmen dengan kerjaya guru sahaja yang tahu beban kerja sebagai seorang guru. Guru2 menghadapi manusia yang mempunyai bermacam2 karekter, ada yang positif dan ada juga yang negatif.
Ketika cuti sekolah ini, aku masih belum lagi balik ke kampung aku di Sungai Besar. Kerana isteri aku sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia yang terletak berdekatan dengan Universiti Malaya. Aku rasa tak seronok balik kampung tanpa isteri aku. Kadang isteri aku minta nak balik rumah yang terletak di Pulau Indah, aku pun ambillah. Esok paginya tepat2 selepas solat subuh aku akan menghantarnya ke maktab. Lepas tu balik semula ke Pulau Indah dan tidur.
Sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s