Celoteh hari minggu

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rahmatNya kepada kita, kerana tanpa rahmatNya kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dengan rahmatNya juga aku dapat seorang isteri yang baik, sabar dengan karenah aku dan dapat seorang “baby girl” yang comel. Syukur Alhamdulillah.

Sepatut sekarang ni aku ada latihan tahunan RAW di sabak bernam, tetapi aku malas nak ikut sebab isteri dan anak perlu aku utamakan juga, sebab kalau aku ikut latihan siapalah yang bantu isteri aku kalau baby menangis malam-malam.

Sebut tentang “keutamaan” ini, teringat pula aku kisah time aku ikut kursus BTN di Pahang. Ada satu LDK di mana si fasilitator akan memberi beberapa keping duit syiling iaitu 1, 5, 10, dan 20 sen, dan peserta dapat kertas saiz A4 dipotong 5 bahagian, setiap bahagian ditulis “agama, Negara, bangsa dan keluarga”. Kami dikehendaki meletakkan duit syiling tadi di atas kertas yang dipotong 4 tadi, dengan nilai paling tinggi ialah 20 sen dan paling rendah ialah 1 sen.

Aku telah meletakkan nilai 20 sen untuk agama, 10 sen untuk keluarga, 5 sen untuk Negara dan 1 sen untuk bangsa”. Maknanya secara peribadi aku telah meletakkan keutamaan keluarga adalah yang kedua selepas agama. Yang peliknya ada juga kawan2 yang letakkan keutamaan Negara dahulu yang kedua baru agama. Pelik juga, ye lah kan masing-masing ada pandangan yang tersendiri.

Nak tau ke apa pandangan aku? Ok, bagi aku sebagai seorang islam, keutamaan untuk menjaga akidah adalah terletak pada posisi yang paling atas. Kerana apa? Sebabnya kami nak Berjaya di dunia dan di akhirat lah…apa lagi. Tanpa syariat yang betul dan sah, manusia akan hidup tanpa dipandu, hidup macam haiwan, bunuh sana sini, rompak, zina dan segala macam maksiat. Sekarang ni pun walaupun dah ada quran dan hadis , masih ramai yang jatuh ke lembah maksiat.

Kenapa aku letakkan prioriti keluarga di tangga kedua? Sebabnya, tanpa sebuah keluarga siapa lah kita? Sebuah Negara atau masyarakat tidak wujud tanpa ada keluarga, betul tak? Dakwah yang paling utama pun ialah pada keluarga kita sendiri dulu…betul tak? Bila tanggungjawab kita pada agama dan keluarga sudah kita laksanakan barulah sedap kita nak berkhidmat untuk Negara….betul tak? Aku akan rasa tak tenang jika dipanggil mesyuarat atau kursus di tempat yang jauh jika keselamatan, makan dan minum keluarga aku terabai.

Selepas keselamatan keluarga aku terjamin barulah aku akan seronok untuk berkhidmat untuk Negara….

Kenapa aku letakkan kepentingan bangsa di bawah sekali? Bagi aku, walaupun kepentingan bangsa terletak ditangga ke empat, ianya masih berada di posisi 4 yang penting. Kerana apabila kita sama menjaga agama, keluarga dan Negara secara tidak langsung kepentingan setiap bangsa dan suku manusia akan terjaga. Insya Allah.

Agama Islam tidak meletakkan mana2 bangsa yang lebih tinggi darjatnya, semua manusia sama sahaja…semua sama sahaja…Cuma ketakwaan kepada Allah SWT sahaja yang membezakan antara kita, di samping itu jangan lah kita lupa untuk menuntut ilmu, kerana Allah angkat darjat orang berilmu dari yang tidak mahu berilmu.

Sekian thank you…

Wassalam…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s