Tulislah kamu

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya aku masih larat nak menaip dalam blog yang lama aku juga terabaikan. Kadang2 tu idea ada tapi bab nak buka laptop ni yang malas sikit, buka laptop pun untuk buat dan menyiapkan tugas2 sebagai seorang guru,buat soalan, masuk data, layari internet dan apa2 yang sewaktu dengannya. Sedar tak sedar, kita ni dah hampir ke penghujung tahun 2009. Akhir tahun adalah bonus kepada mereka yang kebanyakkannya bergelar cikgu, cuti sekolah (ada juga yang lambat cuti sebab kena jaga exam, takpe, dapat elaun tu…). Termasuklah aku, aku pun cuti juga, tapi time cuti ni juga aku sibuk sedikit kerana mengurus pindah ke sabah. Alhamdulillah, dapat juga aku mencari pengalaman mencari rezeki di perantauan domestik (merantau dalam Malaysia), bak kata orang, “jauh perjalanan luas pengalaman”. Suasana baru, kawan baru, rakan sejawat baru, udara baru, budaya baru, pemandangan baru dan yang sewaktu dengannya.

Banyak perkara yang aku mesti uruskan waktu cuti ni, dari hal2 yang berkaitan keluarga hinggalah hal2 yang berkaitan dengan perpindahan. Tentang nak pindah ni banyak juga pengalaman yang aku dapat, seperti macamne nak bawak kereta Persona aku ke sabah dengan kapal laut. Semua barang2 kat umah aku dah jual pada adik aku dengan borong YES (year end sale), aku bawa kereta, pakaian dan fail serta alat tulis yang perlu ada pada seorang guru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s