Suatu Ketika Doeloe

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya Majlis Menyambut Cucu dan Perasmian Balai Dakwah Tebok Marso dengan jayanya dilaksanakan. Esok aku, isteri dan anak kami serta abah, mak, Umar dan Ilah akan terbang ke Sabah. Kecuali aku, isteri dan anak kami yang akan terus menetap di sana, kerana aku akan mengajar di Ranau tahun depan, InsyaAllah. Kadang-kadang tu terasa sedih juga nak berpisah jauh dengan adik beradik tetapi perjuangan dan pengorbanan mesti diteruskan jua…”agi idup agi ngelaban”. Aku berdoa kepada Allah SWT, semoga perjalanan kehidupan kami dari segi kebahagiaan keluarga, berjaya dalam kerjaya, bertambah pengalaman dan ilmu di tahun 1431 Hijriah akan semakin mantap. InsyaAllah.

Sedar tak sedar sudah masuk 3 tahun aku menjadi cikgu dalam kerajaan persekutuan Malaysia, sebelum ni aku jadi cikgu KAFA (agama dan fardhu ain) di negeri Selangor. Selama bekerjaya sebagai cikgu ni boleh dikatakan banyak juga pengalaman dan pemgetahuan yang aku perolehi. Yang penting ” yang baik dijadikan teladan, manakala yang tak baik dijadikan sempadan”, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. InsyaAllah, tahun depan aku akan menghadapai pengalaman baru, menghadapi rakan baru dan anak murid baru. Masa menulis ni aku terbayang-bayang karenah anak-murid murid aku yang akan menjadi bekas anak murid. Nak tergelak juga bila teringat karenah mereka, adakalanya mereka buat aku jadi ceria dan adakalanya juga mereka buat aku jadi garang…ada yang kena cubit, kena rotan hehe…tapi aku terangkan juga kenapa aku cubit dan rotan mereka. Nak garang sangat pun tak boleh sangat, murid-murid aku masih dibawah 12 tahun (sekolah rendah), dunia mereka dunia yang penuh dengan warna warni, Cuma kita saja yang belum dapat memahami, sebenarnya kalau kita nak memahami dunia kanak-kanak, kita ingat semula waktu kita masih kanak-kanak…asyik nak main saja.

Karekter murid-murid (sekolah rendah) ada bermacam-macam, ada yang cergas, ada yang kurang cergas, ada yang nakal, ada yang baik, ada yang cepat dan lambat menerima pelajaran. Mengikut pengalaman mengajar aku dan pembacaan, karekter mereka ini banyak ditentukan alam sekitar mereka, contohnya desa kampong, kawasan taman perumahan, rumah flet pangsa dll semuanya itu menyumbang pembentukkan tingkah laku kita…tetapi yang penting anak-anak kita akan belajar terus dari kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang mampu membentuk anak-anaknya. Maka jadi ibu bapa yang yang beriman dan baik, jangan lupa bertanya kepada otai-otai yang berjaya mendidik anak-anaknya menjadi “orang”, jangan lupa meningkat ilmu pengetahuan tentang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kita….yang biarlah kita hidup dalam keberkatan (makanan minuman dll yang halalan toiyibah) yang penting jangan lupa berdoa kepada Allah SWT, kalau nak doa kita dimakbulkan janganlah kita tinggalkan solat, puasa bulan ramadhan, bayar zakat dll.

Bila renung muka diaorang, aku terpikir, adakah aku ini sudah mengajar mereka dengan sebaik mungkin? Adakah aku Berjaya memberikan ilmu kepada mereka? Aku berdoa semoga semua murid yang pernah aku didik akan menjadi seorang yang Berjaya di akhirat dan di dunia. Dan salah seorang dari mereka nanti bakal memnjadi Perdana Menteri Malaysia yang beriman, adil dan mantap. Insya Allah.

Wah, panjang juga rasa aku menaip, ntah mana datang ide aku ni… MAAL HIJRAH 1431H.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s