Three in One

“Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama “Allah” boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.” Ini adalah petikan dari harakah daily. Sila rujuk ke http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23974:-nama-allah-dalam-the-heralddi-mana-kita&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136.

Nampaknya perjuangan akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah “Allah” telah berjaya. Ini telah mengundang bermacam2 tanggapan orang ramai, Cuma ianya masih belum lagi isu yang terhangat di pasaran. Di Indonesia, pengunaan istilah akidah dari bahasa Arab telah lama digunakan di sana seperti nama Allah, rasul, iman, al-kitab dan sebagainya. Cuma yang menjadi kerisauan aku ialah kenapa mereka ini beriya-iya sangat hendak menggunakan istilah sebegini, adakah mereka mempunyai matlamat jangka masa panjang. Sepertimana yang kita ketahui sekarang ini boleh hampir separuh dari masyarakat Islam sendiri yang mempunyai pemahaman yang sedikit atau kurang tentang syariat Islam, takut-takut nanti orang islam sendiri yang tidak membezakan mana yang betul dan mana yang salah.

Contohnya, bagaimana kita suatu hari nanti hanya dapat merujuk dari kitab2 terjemahan. Dapatkah kita membezakan terjemahan yang benar2 dari al-quran dan hadist dengan terjemahan dari kitab2 injil dsb atau terjemahan yang diselewengkan dengan tujuan untuk mengelirukan orang islam yang kurang memahami ajaran islam yang sebenar-benarnya. Kita ingatkan terjemahan itu datang dari quran dan hadist tapi rupa2nya dari kitab injil…bahaya sungguh ini. Nak menyelewengan al-quran memang tidak akan berjayalah, kerana Allah SWT telah berjanji akan menjaga kesucian Al-Quran sehingga hari kiamat. Tapi bab hadist ni senang sangat untuk diselewengkan, sebab itulah banyak hadist dhoif , mauduk dsb.

Sesungguhnya Allah SWT itu esa, bukan tiga. Allah itu Maha Agung, takde anak, takde isteri dan tak memerlukan langsung pertolongan dari manusia dan jin. Allah itu Maha Berkuasa, Allah Maha Mengetahui apa yang ada hati setiap makhlukNya. Sila rujuk terjemahan dalam surah al-ikhlas…cari le dalam al-quran, tak tau maksudnya, carilah dalam terjemahan yang diluluskan dan diperakui oleh pihak berkuasa. Insya Allah.

Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali…ulang sekali lagi…TIDAK AKAN SEKALI-KALI…redha menerima kebenaran ISLAM (kecuali yang mendapat hidayah dari ALLAH)…sehingga kita sendiri yang menjadi seperti Yahudi dan Nasrani, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak, kita juga nak masuk ke lubang biawak…semua system kehidupan, sikit demi sikit kita tiru cara mereka…

Renungkan beb…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s