Hari ini hari Sabtu…

Assalamualaikum warahmatullah…

Subhanallah, rasa macam sudah lama aku tak menulis dalam wordpress ni, mungkin tengah sibuk kot? Tu yang sampai tiada masa nak buka sangat internet. Maklumlah biasanya dalam awal sesi persekolahan ni para guru kat Malaysia sibuk-sibuk belaka, termasuk le aku ni ha…

Pagi tadi aku menghadapi aktiviti ko-ko buat julung-julung kalinya di Sabah khususnya di daerah, dikhususkan lagi…iaitu yang terletak di Kampung Lohan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Lohan. Di sini aku telah diberi tanggungjawab guru penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah, Permainan Ping pong dan Kelab Lalu Lintas. Pagi tadi adalah aktiviti unit beruniform, seperti biasa, kami buat pelantikan ajk dan lepas tu buat asas pergerakan kawad. Dan aku disuruh sikit-sikit untuk buat arahan kawad…nak tahu tak, nak jadi jurulatih kawad ni memerlukan tahap kesabaran peringkat tinggi, kalau tak boleh buat hati kita rasa membara, lebih-lebih melatih kawad murid sekolah rendah, yang tahun 6 dan 5 ok le lagi, yang tahun 4,fuhhhh…pening kepala beb.

Lepas abis aktiviti ko-ko ni, aku pi latih murid2 yang aku pilih untuk main kompang. Alhamdulillah, mereka yang aku pilih ni sememang dah ada bakat bakat untuk memalu kompang. Aku rasa diaorang kalau dah selalu dilatih diaorang boleh mahir.

Bila difikir-fikir, tugas seorang cikgu memang berat juga le…walaupun guru ni tidak memikul senapang, tapi memang berat tugas ini, bak lagu almarhum sudirman “aku bukan perwira yang mengangkat senjata, tapi aku rela berkorban….la..la..la..” hehehe. Bila ditengok dari luaran, kerja cikgu ini Nampak macam senang jer…balik awal, cuti banyak dan lain2 lagi. Yeke? Cuba le jadi guru, baru tau beratnya tanggungjawab guru ni…hohoho… Orang suka komplen macam2 tentang cikgu…tapi ada ke cikgu2 ni tentang kerja orang lain? Lu fikir le sendiri.

Haiii….gaji askar dan polis dah naik…gaji cikgu ni bila nak naik ni? Mungkin sebab cikgu2 ni ramai yang berjiwa sebelah pembangkang kot? Takpe le, lepas ni cikgu nak jadi pencadang pula.

Sekian Thank You…ur welkem.

Wasalam….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s