U Mobile dibeli oleh Singapura, betul ke?

 

Pagi ini aku melayari harakahdaily.net, dan aku terjumapa artikel ni, aku copy dan paste dalam wordpress aku ni…

 

 

U Mobile dibeli oleh Singapura

 

 

Mummy Rokiah   

 

Vincent Tan akan menjual majoriti 33 peratus saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi, bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (gambar).

Singapura pernah gagal menguasai 30 peratus Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak.

Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai.

Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

PETALING JAYA: U Mobile Sdn Bhd’s major shareholder Tan Sri Vincent Tan is said to have struck a deal to sell a 33% stake in the celco to Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT) in a deal that could be worth RM626mil or RM5 a share.

It is learnt that a term sheet was signed this week by Tan’s company, U Television Sdn Bhd, and STT, the parent of Singapore’s second largest telco, StarHub. (The Star)

 

My komen:

Bidang telekomunikasi adalah suatu perkara yang sangat penting…ulang sekali lagi, komunikasi adalah suatu perkara yang sangat PENTING. Sebagai contoh, sesebuah organisasi tidak akan dapat diurus dengan baik jika tiada komunikasi yang baik dengan pemimpin dengan orang yang dipimpin. Sesebuah keluarga akan menjadi tidak menentu jika tiada komunikasi yang baik antara suami, isteri dan anak-anak, dan begitu juga guru besar atau pengetua tidak akan dapat mentadbir sekolah dengan baik dan terurus jika tiada komunikasi yang baik antara para guru, staf-staf dan PIBG.

Contohnya lagi, andaikata aku ni seorang sniper/penembak, maka pertama sekali yang aku tembak ialah orang yang bawa radio komunikasi tentera tu, aku aku tembak orangnya dengan radionya sekali, biar radionya rosak, supaya platunnya tidak dapat berkomunikasi untuk minta bantuan dari pasukan sahabat.

Dalam komunikasi jugalah pasukan AS dan sekutunya senang2 kalahkan Iraq. Dalam komunikasi jugalah banyak rahsia-rahsia tersimpan. Ada pepatah yang mengatakan “Bahawa sesiapa yang dapat menguasai komunikasi, maka dia dapat mempengaruhi orang lain dan menguasai dunia”. Lihatlah media2 massa, berapa banyak orang Islam yang menguasai bidang telekomunikasi, kebanyakkan orang non muslim.

Bayangkan jika salah satu bidang keselamatan yang strategic dikuasai oleh Negara luar? Senang2 mereka nak mengintip dokumen terperingkat kita ni haaa….lu fikir le sendiri.

Aku sangat tak setuju,jika syarikat ini dikuasai oleh orang luar…boleh bikin bahaya woooo….nanti senang jer mereka nak hack kita punya.

Apa2pun Allah jualah yang lebih Maha Mengetahui……wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s