Belansungkawa

Hari Jumaat tanggal 12 Mac 2010…time tu aku dengan sembang dengan ustaz rosli dan cikgu japirin di kantin sekolah…tengah syiok bersembang, ada panggilan dari adik ipar aku menyampaikan maklumat bahawa anak sepupu aku yang bernama Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah kembali ke rahmatullah. Masa tu bulu roma aku meremang…aku terkejut mendengar berita ni, tapi aku sebenarnya lagi berfikir yang aku dan kita semua bakal menyusul…wallahualam.

Lepas tu aku surf internet, sebab aku belum komfem lagi…akhirnya aku jumpa info ni:

Pelajar Perubatan di Tanta Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah meninggal dunia selepas jatuh daripada tingkat 4 sebuah apartmen di Iskandariah tengah malam tadi. Mangsa berasal daripada Sabak Bernam Selangor dan merupakan pelajar Tahun Satu, Perubatan Universiti Tanta. Jenazah Ahmad Sarhan telah dibawa ke hospital dan menunggu untuk dibedah siasat pagi esok. Puan Nor Zakiah, Atase Pendidikan  JPMK  Iskandariah dan Tn. Hj. Idris Mastor, pegawai MARA di Iskandariah berada di hospital untuk membuat pengecaman ke atas jenazah mangsa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah merakamkan takziah kepada keluarga mangsa. 

 

Sumber: http://jpmk.info/?p=1391

 

 

Nampaknya berita dah komfem…subhanallah. Lepas tu terus aku ke surau buat solat jenazah ghaib…sambil melaksanakan solat, aku mengharapkan arwah masuk syurga berada di tempat yang baik…InsyaAllah…nak angkat takbir, terbayang si arwah…allahuakbar….lepas tu, aku terpikir, selepas ini siapa pula? Allahuakbar….

Kepada keluarga arwah…doa ibu tiada hijab…maka janganlah lupa mendoakan kebahagian di dunia dan di akhirat….

Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita akan kembali…..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s