3 Perkara yang selalu aku dan kau lupakan….perghhhh

Assalamulaikum wbt…apa kabar geng? Semoga kita semua sentiasa dalam pandangan Allah SWT. Alhamdulillah, Allah SWT masih member kesempatan kepada aku kita untuk mengaut pahala dan rahmatNya sebanyak-banyaknya. Sekarang ni tengah cuti sekolah seminggu, dapatlah rehat sebentar dari kewalahan menghadapi murid sekolah rendah yang hepi-hepi…huhu.. yang penting, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan tak bertaubat pula.

Aku time cuti takde ke mana2, maklumlah gaji masuk lepas cuti, jadi bersabar je le, lagi pun baby aku masih baby lagi, tak dapek nak jalan2 ronda2 cari pahala. Sekarang ni di sini tengah musim kemarau, jalan berdebu. Jika musim hujan, pi sekolah kena pakai baju sejuk bah…

Apa lagi ek…erm…macam dah takde idea le pula ni…. Alhamdulillah, arwah Sarhan selamat dikebumikan dan urusan berjalan lancarlah hendaknya…Abg Mad dan Kak Ani mungkin tak sempat melihat persemadian arwah Sarhan. Sedih juga. Sedih kena sikit saja,lepas tu perjuangan perlu diteruskan…Solat jangan lalai. Doa diteruskan. Ingat! Doa ibu kepada anaknya takde hijab tau…jadi teruslah berdoa supaya bahagia di dunia dan di akhirat.

Nabi pernah bersabda, yang mafhumnya:

“Apabila terpisahnya roh anak Adam dari jasadnya, maka semua amalan akan terputus, kecuali 3 perkara:

  1. Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain, org tu pun mengamalkan kebaikan yang telah kita ajar.
  2. Sedekah amal jariah, yang kita sedekah dengan ikhlas.
  3. Doa anak yang soleh.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………”

Jadi ingatlah, lepas ni kalau dapat, kita ajar perkara2 yang baik2 kepada orang lain, ajar baca ilmu akademik ke, al-quran ke, ilmu nasyid ke, ilmu memanfaatkan facebook dll ke arah kebaikan ke, ilmu basuh pinggang mangkuk dll, janji benda yang kita tunjuk ajar tu yang berkebajikan dan ikhlas ketika mengajarnya, dah kompem Allah akan bagi pahala punya Insya Allah.

Ingat! Walaupun koghang sedekahkan 10 sen sahaja ke dalam tabung masjid time hari jumaat, dan korang ikhlas pula tu…subhanallah…komfem dapat pahala punya tu…. Dengan 10 sen itu pihak ajk masjid boleh bayar 0.001 k/w letrik… dengan 10 sen itulah,masjid dapat diterangi cahaya lampu kalimantang.

Ada tanah, korang wakafkan untuk perkara2 yang maslahat orang ramai….pahala mengalir terus bah…..allahuakbar.

Ada rezeki kawin, ada rezeki dapat cahaya mata…ajarlah anak kita jadi anak yang soleh…moga anak kita doakan kita…Allahuakbar.

 

 

2 responses to “3 Perkara yang selalu aku dan kau lupakan….perghhhh

  1. nama saya khalilah

    salam…
    hihihi…dah jadi org sabah bah..
    erm..btol tu…lau ape2 yg bek diajarkan la pada org len..
    moga menjadi bekalan di akhirat sane…amin..
    erm,ade rezeki kawen…??hehehe..
    btol tu tapi kawen 1 je…sebolehnye…jgn tambah2 lak..kuikuikui…
    kang kena kejo gn org umah lak..hahaha…

    • wa;alaikumsalam wbt…
      semuanya di atas kehendak Allah juga…kita yang ada akal dan ilmu ni lah yang kena berfikir2 dulu sebelum bertindak.
      Kita akan merasa kaya dan tenang apabila kita bersyukur dengan apa yang ada, tapi kita akan rasa gelisah tak tentu hala jika tak merasa cukup dengan apa yang ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s