Pahlawan Tak Berdendang

Pagi tadi aku hantar isteri tercinta ke sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah (SABK) di Kampung Marakau kerana hari ni gilirannya bertugas. Tapi sebelum itu kami hantar Si Masyithah Yang Baik ke nursery yang terletak di atas bukit yang menempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohd Ali, Ranau.

Tetapi apa yang ingin gua kongsikan di sini ialah terdapat dua tulisan yang telah menarik perhatian aku. Dan tulisan ini terdapat di dinding sekolah tempat isteri aku mengajar.

Tulisan pertama:

“aku akan pergi jauh merantau. Akan kucapai cita-citaku atau aku mati di negeri orang. Namun, jika aku selamat, aku kembali ke kampung halamanku”.

Aku pula setakat ni, jauh merantau menuntut ilmu dan sedang menabur bakti di tempat lain. Yang penting ” di mana bumi dipijak, di situlah Keimanan Islam ku junjung”, “di mana tempat ku berpijak, di situlah kebaikan, kesopanan dan kesusilaan ku junjung”.

 

Tulisan ke dua:

“takkan kau dapat ilmu kecuali dengan 6 hal yang ku sebutkan ini: kecergasan, semangat keras, rajin dan pintar, ada biaya yang cukup, bersahabat dengan guru dalam waktu yang lama”. Ali bin Abi Talib

 

Renungkan leeeeeeeeeeeeee………thank u. May Allah blessed u……….

 

 

 

 

 

 


 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s