Lompat Tinggi2 Sampai Bulan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Kami masih dapat berbakti di bumi Allah.

Ntah le, tak tau apa yang aku nak komen tentang gaya bapak-bapak Yang Berhormat kita ni. Kadang2 aku terfikir, YB-YB kita ni sebenarnya berkhidmat untuk rakyat atau untuk parti atau untuk diri sendiri atau berkhidmat untuk pengikut2nya. Padahal yang aku tau, mengikut ajaran Islam, setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya selagi dia pemimpin, tak kisah ko parti mana pun…yang penting bagi aku, pemimpin yang berwibawa, yang betul ikut petunjuk Allah dan sunnnah rasulullah,pasti akan menjalankan tugasnya tak kira apa pun agamanya, bangsanya dll.

Tapi yang kita lihat sekarang ni, kebanyakkan dari mereka membincangkan hal2 tentang parti mereka sahaja. Aku ni yang sebagai rakyat biasa, hidup, berkerja macam biasa malas nak pikir tentang parti2 ni, yang penting pemimpin ni betul2 berkhidmat, kalau tak sanggup, tak payah jadi YB le…ntah2 mungkin nak jadi YB sebab nak elaun besar, senang buat loan, dsb.

Diaorg ni tak pikir ke, semua manusia akan mati, lepas mati tu pula kita kena soal macam dengan Allah?

Lagi bila aku siaran parlimen dalam tv, Nampak sangat YB2 kita macam nak tunjuk kemahiran bercakap dan berdebat…memang pun, kan kalau nak jadi YB mesti pandai ayat power, betul tak?

Yang ditunjuk dalam tv tu, semuanya yang lawak2, takde yang serius… Perangai macam orang yang tak sepatutnya jadi pemimpin… seorang yang suka mengambil peluang sambil mengadai prinsip2 keislamannya…

Aku syorkan kepada semua jenis pemimpin (termasuk le aku, pemimpin sebuah keluarga bahagia…InsyaAllah)… beli le buku2 kisah sejarah Nabi Muhammad SAW, para sahabat, Umar Abdul Aziz….cuba baca…hayati dan pikir, macamne beliau2 ini menjalankan tugas sebagai pemimpin… Contohnya Umar Abdul Aziz, masa jadi Gabenor Madinah, beliau adalah seorang kaya, bermewah2an….tapi bila dilantik jadi Khalifah, beliau jadi macam orang miskin….haaa….dari mewah jadi miskin…tapi la ni….yang miskin papa kedana…kerja kutip sampah….masuk politik…menang….jadi kaya, terus buat rumah besar…semua besar2..heheheh…

Alhamdulillah, masih lagi ada orang kaya di Malaysia yang menggunakan kekayaan yang Allah beri untuk manfaat orang lain, ada duit lebih, sedekah buat masjid, sedekah pakaian untuk murid miskin dsb…masih ada mereka bersedekah….Alhamdulillah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s