Kena Belasah…Kena Balun.

Alhamdulillah. Kita masih diberi kekuatan untuk menaip.

Pernah suatu ketika dahulu, kita dikecohkan dengan rakaman video bagaimana latihan terakhir anggota2 tentera yang ingin menjadi anggota dalam Rejimen Gerak Khas atau komando. Dalam rakaman tersebut anggota pelatih dibelasah dibalun betul2, supaya pelatih tersebut akan membocorkan rahsia penting. Kalau bocor rahsia,pelatih akan tersingkir, balik ke unit asal dengan perasaan malu sebab gagal kursus asas.

Tujuannya supaya mereka akan mampu memegang rahsia seketat2nya apabila mereka ditangkap oleh musuh. Walau seteruk mana diseksa oleh musuh, mereka akan tetap memegang rahsia, biarpun nyawa mereka menjadi galang ganti. Ya…tujuan latihan ini ialah supaya anggota jadi berani, taat setia pada ketua, kuat pegang rahsia, kuat pegang amanah dll. Dan aku yakin, mereka juga sudah pasti kuat dalam menunaikan perintah Allah SWT, sebab dalam mereka ni dah biasa menjalani latihan yang teruk2, sudah pasti mereka ni kuat melaksanakan solat terutamanya solat SUBUH. Waduh…..apa yang aku merepek ni? Takpe…go on….

Mereka ni dilatih menjadi anggota yang taat setia pada Negara, tidak berpaling tadah pada Negara, dan paling penting tidak akan menjadi PENGKHIANAT Negara…..adoiiiii.

Hakikatnya…………………

Siapakah yang MENGKHIANATI Negara?

Cuba renungkan……………………

  1. Rakyat yang mengkritik cara pemimpin memimpin?
  2. Rakyat yang menegur pemimpin?
  3. Perasuah dan penerima rasuah?
  4. Majikan yang ambil pekerja asing tanpa saluran undang2?
  5. Tokey judi dan nombor ekor?
  6. Tokey kilang arak?
  7. Tokey kilang rokok?
  8. Jual enjin jet?
  9. Ambik komisen melampau dalam jual beli?
  10. Samseng jalanan?
  11. Perompak?
  12. Berpaling tadah dengan organisasi?
  13. Peniaga yang nak ambil untuk melampau?
  14. Banyak lagi bro…tapi tak larat nak taip…lu pikir sendiri le…

Jadi aku terpikir juga….siapa sebenar yang mengkhianati agama, bangsa dan Negara? Politik?

Lu pikir le sendiri….

Wassalam…

p/s: Yang baca ni, INGAT!!!! Jangan lalaikan solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak…kerana solat yang sempurna itu, akan mencegah kita daripada berbuat mungkar dan maksiat dan memandu kita ke arah kebaikan. InsyaAllah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s