Etika Rangkaian Sosial…perghhhhh

Assalamualaikum wbt…..untuk pengetahuan tuan2 dan puan, datuk2 dan nenek2….hari ini aku dan seluruh sabah telah cuti iaitu cuti Gud Friday…apa yang tentang gud Friday ni pun aku masih belum pasti sebabnya aku belum mengkaji lagi (malas le tu).

Ehm… La ni “social network” a.k.a rangkaian social sudah menjadi sejenis trend yang baru di abad ni, yang jauh terasa dekat…yang dekat terabai…hehehehe. Semakin ramai yang celik computer yang akhirnya menyebabkan ramai yang susah nak celik bila time subuh ( sebabnya asyik mengadap computer sehari suntuk)…huhuhuhu…

Facebook, My space, Twitter, Tagged, Ning, Multiply, friendster, dll semakin dikenali ramai….tapi yang paling ngetop la ni ialah Facebook… le. Pengguna social network ni ada baik dan ada juga buruknya…sebenarnya ia kena tengok macamne cara kita menggunakannya….

Di sini aku @ saya ingin berkongsi beberapa perkongsian tentang ETIKA RANGKAIAN SOSIAL (di petik dari majalah PC #160 April 2010):

  1. Semuanya awam :

    Pastikan anda tidak masukkan segalanya di dalam laman web social anda kerana apa anda paparkan akan menjadi terbuka kepada awam. Ketahuilah setelah anda masukkan ke dalam web anda pasti tidak dapat mengawalnya…. Contohnya…ko jangan nak mengada2 letakkan nombor ic ko….dengan no ic ko aku boleh tau ko dah daftar dengan SPR ke belum?, atau ko ada apply kerja dalam SPA ke?….la ni kebanyakkannya online….

  2. Segalanya dimeterai:

    Jika anda menggunakan rangkaian social walaupun anda cuba menjadi orang yang tiada nama (anonymous) anda pasti akan dapat dikesan kerana jejak anda di dalam internet pasti akan meninggalkan seperti tapak kaki di dalam pasir. Anda juga secara tidak secara langsung terikat dengan sebarang perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran.

    Aku berkata: Memang pun… (termasuk aku le tu)…time daftar benda yang dalam internet, kita selalu tak baca pun dia punya terma2 perjanjian…main tekan “accept”, “yes”…. Enter “ok”. Lagi satu time kita nak apply personal loan, ada kit abaca dia syarat2? Aku yakin hampir 80 peratus di kalangan kita yang tak baca pun syarat2 perjanjian kita…yang kita tengok…jadual pembayaran….kadar faedah rendah tu jer….dll (lu pikiur le sendiri)…

  3. Tidak semuanya jujur atau benar:

    Anda hendaklah tahu yang bukan semua dalam internet ni benar dan betul. Mungkin orang tu menggunakan gambar orang lain untuk MUKA BUKUnya dan juga maklumat palsu. Ingat!!! Segalanya mungkin di dalam internet. (lu pikior le sendiri)…

  4. Tapis diri anda sendiri:

    Pastikan apa yang anda taipkan dalam laman web itu tidak menggangu atau menggugat orang lain. Jangan taburkan fitnah atau jangan lepaskan geram anda secara langsung terus kepada indivudu tertentu. Berkias2 jika perlu!

  5. Tidak semua perlu tahu:

    Anda tidak perlu memasukkan segalanya di dalam web. Pastikan yang maklumat yang anda sampaikan itu sesuai untuk umum atau tidak. Jika ia merupakan dalaman anda tidak perlu keluarkannya. Jika ada maklumat sensitive pastikan ia tidak terkeluar.

  6. Asingkan:

    Jika anda ada rakan yang ramai anda boleh buka sebuah laman web peribadi dan asingkan segala kandungannya berbanding dengan laman web kerja atau profesion anda. Jangan masukkkan bahan-bahan2 kerja anda dalam lamn web anda.

Tu jer…moga2 ini benda boleh panduan kita… Insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s