Kenapa aku…?

Assamualaikum wbt…dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk menghirup udara segar yang menyebabkan badan aku jadi segar dan bugar. Hari ini hari Sabtu tanggal 1 Mei Hari Pekerja yang akan disambut setiap tahun. InsyaAllah hari ini sepupu aku yang mengajar di Kota Kinabalu akan datang singgah ke Ranau, diorang ni nak berjalan2 bawa anak mereka berjalan2.

Yang kat atas tu mukaddimah jer…tapi kat sini saya nak bagitau apa sebabnya yang telah menyebabkan saya turut menyertai perniagaan rangkaian STORMREADERS ini? Sebenarnya saya telah mengambil masa hampir sebulan untuk belajar dan mengkaji apa benda tu Stormreaders? Kaji punya kaji…akhirnya setelah berbincang dengan isteri saya, maka satu keputusan telah diambil iaitu kami akan menyertai Stormreaders ini. Keputusan tersebut bukan sekadar hanya menjadi ahli biasa tetapi kami mengambil keputusan untuk menjadi rakan pengedar Stormreaders.

Ok, kenapa saya sertai Stormreaders Network ni?

Lama sebelum ini sebenarnya saya pernah berangan2 atau berimajinasi membuka sebuah kedai buku di samping menjual alat2 tulis dsb. Saya nak buka kedai seperti POPULAR, MPH, KONIKUYA, MARWILIS dan sebagainya. Tetapi untuk ke arah itu nampaknya belum lagi tercapai kerana saya mempunyai kerjaya utama iaitu “The Great Teacher Onizuka Azril”..heheh jangan mare.

Sewaktu saya melanjutkan pengajian saya di Riau, Sumatera lebih tepatnya di Universitas Islam Negeri SUSKA (dulu di kenal Institut Agama Islam Negeri: IAIN) dalam jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum , saya telah menanamkan dalam jiwa saya betapa pentingnya MEMBACA…kerana jika kita berada dalam jurusan yang berkaitan dengan perbandingan kita mesti banyak membaca (kena banyak tahu dari banyak tidak tahu )…

Boleh dikatakan dalam sebulan saya akan 3 buah buku. Semasa di Pekanbaru saya suka beli buku di Gramedia dan Pasar Kodim (kat situ banyak jual buku2 terpakai,murah dan boleh tawar2 lagi).

Sikap ni terbawa2 bila saya dah abis studi (balik ke Malaysia)…waktu tiada kerja tetap dulu (sebelum jadi cikgu, time buat kerja2 kampung jer) saya sekurang2nya akan beli majalah contohnya PERAJURIT dan PC. Alhamdulillah, bila Allah SWT bagi saya peluang kerja tetap sebagai cikgu ni, kuasa membeli untuk membeli buku2 semakin besar. Sekurang2nya saya beli 3 buah buku…port biasa saya beli buku time mengajar di Klang ialah Kedai MPH di Tesco Bukit Tinggi Klang dan POPULAR Jaya Jusca Bukit Tinggi Klang. Buku2 yg saya beli tersebut ada lebih kurang 3 kotak besar (buku2 ni saya tak bawa pindah ke Ranau, saya tinggalkan di Sungai Besar) tak percaya? Tanya le isteri saya (bagi yang kenal isteri saya jer).

Seterusnya saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kerjaya “cikgu” kepada saya…Alhamdulillah dengan kerjaya ini saya mampu memiliki kenderaan (bayar bulan2 a.k.a hutang ler tu), menyewa rumah, dan menyara keluarga..Alhamdulillah. Walaupun sudah punya kerjaya yang bagus, saya teringin juga untuk membuat sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan dan tidak menganggu kerja utama saya)..

Sebab itulah saya dan isteri (saya menyertai Stormreaders ni setelah berbincang dengan isteri) menyertai Stormreaders…kerana saya berfikir ini adalah permulaan langkah pertama untuk saya buka kedai buku suatu hari nanti. InsyaAlah. Alhamdulillah setelah join Stormreaders, saya dah ada kedai buku walaupun ianya ONLINE . hehe.

Lagi satu ,sistem MLM (Meeting Larut Malam Multilevel Marketing) Stormriders Stormreaders ini inysaAllah 100% mematuhi syariah, kerana ia dipantau oleh mereka yang otai dalam ekonomi islam ni.

Produk yang dijual ialah buku2 ilmiah, cd dan vcd…selama ni yang aku tengok kebanyakkan produk ialah yang berkaitan dengan pemakanan kesihatan, nak badan sihat kenalah makan2 yang sihat….tapi kita jangan lupa di samping makan makanan berzat, membaca juga merupakan salah satu perkara yang boleh menyihatkan otak…MEMBACA boleh mengelakkan penyakit nyanyuk dsb (klu tiap2 hari termakan semut, susah juga tu)…

Uik…banyak juga dah aku menaip ni…

Ok…kepada kawan2 diluar sana yang masih belum tahu apa tu bisnis berangkai Stormreaders …janganle malu2 untuk melawat http://www.stormreaders2U.net/r/mohdazril

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s